TOYOTA JUMPA JAWAPAN KEPADA KEGAGALAN ENJIN V6 TWIN-TURBO BAHARU
Generasi terkini Toyota Tundra dan Lexus LX telah mengalami peningkatan besar berbanding model sebelumnya.
Enjin V8 5.7-liter dahulunya terkenal dengan penggunaan minyak yang tinggi telah digantikan dengan enjin V6 twin-turbo 3.5-liter baharu.
Dengan kuasa sehingga 409hp (389hp untuk Tundra), enjin ini menghasilkan lebih banyak kuasa dan lebih jimat minyak.
Namun begitu, dalam tempoh setahun sejak debut enjin baru ini dalam Toyota Tundra dan Lexus LX, beberapa pemilik mula melaporkan masalah kegagalan enjin.
Semua kes kegagalan ini mempunyai satu persamaan: kegagalan enjin. Kini, Toyota akhirnya menemui punca kegagalan tersebut dan membuat panggilan semula.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh pembuat kereta tersebut, disebutkan bahawa semasa pengeluaran, sisa serpihan dari proses mesin mungkin tidak dibersihkan daripada enjin.
Ini boleh menyebabkan “potensi ketukan enjin, operasi enjin yang kasar, enjin tidak boleh dihidupkan dan/atau kehilangan kuasa penggerak.”
Menurut Toyota, panggilan semula ini melibatkan model dengan enjin V35A tertentu yang mengandungi galas utama crankshaft yang membolehkan crankshaft berputar dalam pemasangan enjin semasa operasi.
Akibat daripada kecacatan ini, Toyota memanggil semula 102,000 Tundra dan Lexus LX.
Tambahnya lagi, bagi pemilik kenderaan yang terjejas, mungkin mengambil sedikit masa sebelum kenderaan anda dapat digunakan semula.
Walaupun Toyota telah menemui sebab kegagalan enjin, mereka bagaimanapun belum menemui penyelesaian yang tepat untuk masalah ini.
Dalam pada masa sama, Toyota menyatakan notis rasmi akan dihantar kepada pemilik sebelum akhir Jun.