
SUZUKI V-STROM 250SX BAKAL LANCAR DALAM MASA TERDEKAT
Berita baik bagi peminat motosikal Suzuki apabila kami diberitahu bahawa model ditunggu-tunggu, V-Strom 250SX akan dilancarkan tidak lama lagi.

Motosikal tersebut antara yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang baru-baru ini. Namun, Suzuki Malaysia menggunakan peluang tersebut untuk melancarkan GSX-8R, GSX-S1000GX dan V-Strom 800RE.
Menurut sumber, V-Strom 250SX itu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Untuk rekod, V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan:
- fork depan teleskopik
- suspensi bekalang tungga
- cakera brek depan dan belakang
- tayar 100/90-19 depan
- tayar 140/7-17 belakan
- ketinggian tempat duduk 835mm
- jarak kelegaan tanah 205mm
- berat 167kg
- lampu LED penuh
- tangki bahan api 12L

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi sebelum ini, V-Strom 250SX ini dijangka akan dijual pada harga sekitar RM18,000.
GALERI: SUZUKI V-STROM 250SX










