
BRIDGESTONE TURANZA 6 DILANCARKAN DI MALAYSIA – SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN TERMASUK EV
Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan pelancaran rasmi tayar terbaharunya, Bridgestone TURANZA 6, bagi pasaran Malaysia.
Tayar dalam segmen premium ini direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa kepada pengguna, sejajar dengan keperluan pemandu masa kini termasuk pemilik kenderaan elektrik (EV).
TURANZA 6 dibangunkan berdasarkan maklum balas pengguna serta keperluan teknologi semasa, menampilkan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan, cengkaman di jalan basah dan pengurangan bunyi.

Ia menggunakan teknologi canggih ENLITEN™, membolehkan pengurangan tahap bunyi jalan sehingga 8 peratus dan peningkatan tahap keselesaan pemanduan juga sebanyak 8 peratus, berbanding model sebelumnya.
Prestasi di permukaan jalan basah turut dipertingkatkan sehingga 14 peratus, menjadikannya lebih selamat dalam keadaan hujan.
Tayar Serba Boleh, Sedia Hadapi Cabaran EV
Selain sesuai untuk kereta konvensional, TURANZA 6 direka khusus untuk memenuhi keperluan kenderaan elektrik.

Ciri-ciri seperti rintangan gelincir yang rendah membantu meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak pemanduan, manakala ketahanan haus yang lebih tinggi menjadikannya lebih tahan terhadap beban dan daya kilas EV.
Dengan operasi yang lebih senyap, tayar ini turut melengkapkan kelebihan utama kenderaan elektrik yang beroperasi hampir tanpa bunyi.
Selain itu, dalam usaha mendukung sasaran neutral karbon menjelang 2050, Bridgestone turut memberi tumpuan kepada aspek kelestarian dalam pembangunan TURANZA 6.
Penggunaan bahan mentah baharu dikurangkan, dan ketahanan tayar dipertingkatkan untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Secara keseluruhan, ia menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 16 peratus pada peringkat pengeluaran dan 13 peratus semasa penggunaan di jalan raya.
Promosi Khas Sempena Pelancaran
Bridgestone TURANZA 6 akan mula dijual di seluruh negara bermula 1 Ogos 2025, dengan pilihan saiz tayar dari 14 hingga 21-inci untuk pelbagai jenis kereta penumpang.
Sebagai sebahagian daripada kempen pelancarannya, Bridgestone turut menawarkan promosi eksklusif sepanjang bulan Ogos.
Pelanggan yang membeli empat tayar TURANZA 6 dalam satu resit di mana-mana pengedar sah akan menerima hadiah edisi terhad berupa convertible pillow blanket, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan senarai pengedar sah, layari laman web rasmi Bridgestone di www.bridgestonetyre.com.my.
- BACA: JUALAN MERDEKA VOLVO SELEKT KEMBALI – HARGA BERMULA RM160,000, 16 & 17 OGOS INI
- BACA: HONDA ACCORD EURO R – SEBUAH MODEL SEDAN EKSEKUTIF OTAI YANG MASIH LAGI LAJU DAN LAJU
- BACA: MG IM6 – SUV ELEGAN DENGAN 751 KUASA KUDA!
- BACA: ISUZU MOTORS DAN VOLVO GROUP METERAI PAKATAN STRATEGIK, GUNA TEKNOLOGI VOLVO GROUP



