
Sebentar tadi baru berlangsung majlis pelancaran motosikal baru di bawah edaran Hong Leong Yamaha Motor Malaysia selaku pemegang hak jenama Yamaha di Malaysia.
Ketika ramai menjangkakan (termasuk kami) Yamaha Y15ZR versi facelift V2 dilancarkan, HLYM membuka lembaran tahun 2019 dengan model motosikal berkuasa tinggi – Yamaha Tracer 900GT.
Kembar Yamaha Tracer MT-09 ini adalah versi touring penuh yang tampil menggantikan model semasa Tracer MT-09.
Ia dipasang tempatan (CKD) di kemudahan kilang HLYM Yamaha di Sungai Buloh.
BACA: YAMAHA Y15ZR V2 DILANCAR MINGGU DEPAN?
Enjin tiga selinder 113bhp ini turut dilengkapi TCS (Traction Control System) dan sistem ABS.
Harga jualan yang diumumkan ialah RM58,888 (termasuk SST)
Antara sepsifikasi utama motosikal ini ialah
- Enjin 847cc 3-selinder
- Quick Shift System Handle Bar Grips dengan pemanas
- visor/penghadang angin hadapan boleh laras
- Cruise Control
- Paparan instrumen (TFT)
- Suspensi hadapan bolehlaras
- Pelaras suspensi belakang
Motosikal ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Biru Matt. Ia akan mula berada di pasaran pada pada bulan Februari 2019.