Artikel PilihanBuletin

APA AKAN JADI KALAU MASUKKAN GEAR UNDUR PADA KELAJUAN 113KM/J?

Video ini mendapat tontonan dua juta orang dalam hanya lima hari sejak dimuatnaik ke laman web youtube. Ia adalah ujian lapangan yang cukup dungu oleh seorang lelaki untuk melihat kesan memasukkan gear undur ketika kereta sedang memecut.

Lebih spesifik lagi, ketika memecut pada kelajuan 113km sejam. Beliau memasangkan kamera menghadap konsol tengah pada tuil gear, di tengah pada gugusan meter (untuk menunjukkan indikator gear “R”) dan juga di atas papan pemuka untuk menunjukkan pemandu sedang menguji.

BACA: LELAKI INI DISAMAN TINGGALKAN KERETA ENJIN HIDUP

BACA: KERANA MINAT, DIA TUKAR BILIK JADI SHOWROOM

Ia untuk membuktikan bahawa ia adalah ujian masa sebenar yang dirakam kamera pelbagai sudut. Sementara kenderaan yang diuji ialah sebuah Ford Fusion, atau dikenali dengan Ford Mondeo di pasaran Eropah dan Asia.

Apa yang berlaku jika tuil gear ditolak dari posisi “D” kepada “R” ketika kereta sedang bergerak dalam kelajuan 113km/j? Jika diperhatikan pada video tersebut, tiada apa yang berlaku. Kereta masih bergerak ke hadapan walaupun jelas kamera undur kenderaan tersebut menunjukkan imej di belakang kenderaan.

Nah. JANGAN sesekali lakukan ujian ini dan ia adalah merbahaya. Setiap transmisi kereta berbeza dan pada Ford, berkemungkinan besar isyarat menukar traksi mengundur dibatalkan oleh ECU atau TCU kereta itu yang mengesan bahawa roda sedang bergerak ke depan.

Sama seperti fungsi kereta tidak boleh dihidupkan ketika tuil gear berada pada kedudukan “D”. Ia adalah ciri keselamatan standard pada kebanyakan kereta moden.

Apa akan jadi pada kereta manual? Sekali lagi, jangan buat pasal. Melainkan anda ada kotak gear spare di rumah. Kalau transmisi manual, jelas synchromesh gear akan berlaga dan silap haribulan gearbox pun meletup.

Google ads
Back to top button