Buletin

BANGKOK MOTORSHOW, HONDA CIVIC HATCHBACK 1.5 TURBO VERSI MODULO

Krew Mekanika Malaysia kini berada di IMPACT Challenger, Bangkok Thailand untuk menghadiri acara Bangkok International Motor Show (BIMS) 2017.

Kita mulakan dengan model yang mungkin tidak masuk ke pasaran tempatan, Honda Civic Hatcback. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, model hatchback daripada Civic generasi kesembilan itu sudahpun dilancarkan di Thailand pada awal Mac 2017.

Civic Hatchback hanya ditawarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 173hp pada 5,500rpm dan tork maksimum 220Nm pada 1,700 hingga 5,500rpm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. Menurut Honda Thailand, Civic baharu mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pengguna apabila lebih 35,000 unit sudah berjaya dijual.

Jadi, penawaran Civic Hatchback ini pasti dapat mengukuhkan lagi posisi Civic sebagai model pilihan di Thailand. Ia ditawarkan pada harga 1.169 juta baht atau RM149,620 seunit.

Apa kata layan dulu gambar Honda Civic Hatchback dengan aksesori Modulo yang sempat kami rakam.

BACA: HONDA THAILAND LANCAR CIVIC HATCHBACK – RM147,360 SEUNIT, 1,5 LITER TURBO SAHAJA 

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button