Buletin

BMW M5 PALING BERKUASA DILANCARKAN, 600HP DAN LEBIH PANTAS DARI MURCIELAGO!

Nah, apa yang kau harapkan dari sebuah kereta apek, uncle, pakcik buat pergi pejabat dan mesyuarat? BMW 5 siries, tapi semenjak 5 siries E60 memperkenalkan varian M5 (dengan enjin V10 5.0 liter masa tu), siri kereta keluarga ini tidak lagi dipandang sebagai kereta biasa.

Kemudian, lahir versi dari varian G30 (yang menghilangkan terus Chris Bangle). Tetapi BMW M5 yang diperkenalkan pada hari ini mengejutkan industri sekali lagi dengan kemunculannya lebih awal dari yang dijangkakan pada pameran antarabangsa Frankfurt Motor Show.

Mewarisi kejayaan M5 sebelum ini, model baru ini dipadankan dengan enjin V8 TwinPower Turbo yang berupaya menghasilkan sebanyak err…. 600ps dan 750 Nm (553 lb-ft) tork . Ya. sebuah BMW sedan dengan 600ps tuan-tuan.

Ia disambungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan pacuan semua roda yang membolehkannya memecut dari 0-100 km/j (0-62 mph) dalam masa hanya 3.4 saat. Ia lebih pantas dari sebuah Lamborghini Murcielago biasa (kecuali LP670 lah). 

Sementara itu, kemampuan pecutan 0-200 km/j (0-124 mph) kini pada prestasi sepantas 11.1 saat. Kelajuan maksimumnya dihadkan pada 250km/j namun ia diberi pilihan M Driver’s Package yang membenarkannya dipandu sehingga 305km/j.

Perubahan paling ketara dalam pembahagian kuasa kepada keempat-empat rodanya menggantikan sistem tradisi pacuan roda belakang. DIkenali dengan M xDrive, ia adalah sistem pacuan empat roda yang dipadankan dengan pengagih tork Active M Differential.

Dari segi rupa, bahagian hadapan datang dengan rekaan bampar lebih agresif dengan ruang kemasukan udara yang lebih berdimensi. Cermin sisinya juga lebih aerodinamik, bonet hadapan melengkung serta bumbung yang kini dibina dari bahan CFRP (Carbon fibre reinforced plastic)

Dari belakang, ia boleh dikenali menerusi serampang empat corong ekzos dan bampar yang diintegrasikan bersama “diffuser” angin di bahagian bawah.

M5 datang dengan rim standard 19 inci menerusi warna Orbit Grey. Melihat brek sahaja pun dah tahu kereta ni memang laju. Bahagian hadapan dilengkapi brek enam omboh berwarna biru. Tak cukup? pelanggan juga boleh menempah roda aloi 20 inci dengan brek M karbon seramik yang mengurangkan lagi beratnya sebanyak 23 kilogram!

Berat keseluruhan model ini ialah 1,855 kilogram, lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Bahagian dalamannya cukup menarik dengan roda stering M Sport, kerusi yang dibalut kulit Merino serta kemasan aluminium.

Berapa harganya? Dengan kejuruteraan begini, M5 boleh dimiliki pada harga €117,900 atau bersamaan RM594,000 di Eropah, bertuah lah badan. Kalau sampai Malaysia berapa harganya?

BMW M2 coupe pun dah RM500K.

BACA: IKLAN LUCU BMW M4

BACA: BMW M2 COUPE RM500K

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”6″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button