Artikel PilihanBuletin

SAMSUNG PAY – BAYAR GUNA HP, SENANG BETUL!

Corak dan kaedah pembayaran telah lama wujud di dunia dengan pelbagai evolusi dan revolusi. Sistem barter, emas, syiling, wang kertas, kad plastik, dalam talian dan terkini bayaran melalui telefon pintar.

Jika dahulu, perlu seluk poket untuk mengeluarkan duit atau dompet tetapi sekarang ini, seluk poket dan layangkan sahaja telefon pintar di terminal bayaran.

Kelebihannya ialah, tidak perlu bawa dompet yang diisi dengan wang kertas tebal-tebal atau syiling berat-berat.

Abang dan Kakak kejuruteraan cashier pun mudah sebab mereka tidak perlu cari duit baki.

Duit yang dicas tepat mengikut harga belian barangan.

Teknologi apa ini?

Ia dinamakan teknologi bayaran mobil atau e-wallet. Teknologi ini sebenarnya dipelopori oleh Apple Pay pada tahun 2014 sebelum disusuli oleh Android Pay pada tahun 2015.

Terkini ialah Samsung Pay dan menariknya sudah boleh digunakan di dalam negara termasuk stesen minyak Petronas tempat Meran mencari rezeki.

Bagaimana ia berfungsi?

Kena beli kad isian semula atau bagaimana? Tidak perlu, walaupun konsep dia macam lebih kurang sama.

Apa yang pemegang kad perlu ada ialah kad hutang (kredit) atau debit dari bank sekutu seperti Maybank, CIMB dan RHB.

Samsung Pay menggunakan teknologi Magnetic Secure Transmission (MST) dan Near Field Communication (NFC).

Apabila hendak menggunakan Samsung Pay, layangkan atau talakan sahaja telefon bimbit melalui aplikasi Samsung Pay ke terminal bayaran.  

Bagaimana nak guna?

Sebelum pergi lebih jauh, kena pastikan dahulu telefon bimbit Samsung yang digunakan mempunyai fungsi Samsung Pay sebab tidak semua mempunyai kemudahan ini.

Di bawah ialah senarai telefon pintar yang serasi dengan Samsung Pay:

Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy S7 Edge, Galaxy S7, Galaxy Note5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy A7(2017), Galaxy A5(2017), Galaxy A7(2016), Galaxy A5(2016) dan Galaxy A9 Pro.

Telefon yang butang biji-biji tu jangan cuba nak melawak okay, nanti Abang Kejuruteraan Keselamatan Petronas hambat kau nanti baru tahu.

Kalau kau tak ada telefon di atas tu, mohon PM Abang Japar sebab abang ada tiga S8+, satu Abang Pakai, yang kedua Akak Japariah kau guna, yang ketiga Abang buat lampu suluh bila nak pergi Subuh dekat surau.

Kedua, muat turun aplikasi Samsung Pay dari Google Play. Ada model yang dah siap-siap terbina dalam telefon sewaktu pembelian.

Lepas itu macam biasalah, kau orang masukkan maklumat kad debit atau lebih senang, imbas sahaja kad tersebut menggunakan telefon pintar.

Bila dah siap masukkan maklumat atau imbasan, Samsung Pay akan hantar pengesahan sama ada melalui panggilan telefon atau mesej.

Okay dah siap. Jika tidak menjadi atau kad ditolak, kau telefon bank tanya kenapa gagal. Boleh jadi sebab hutang tidak bayar Kah! Kah! Kah! (ikut pengalaman sendiri).

Bila kad dah diterima maknanya kau dah boleh pergi ke kedai sambil berlenggang.

Bayar guna Samsung Pay tetapi sebelum itu pastikan dalam akaun bank ada duit atau kad kredit tidak kena tahan sebab sangkut bayaran Kah! Kah! Kah! (sekali lagi pengalaman sendiri).

Kelebihan Samsung Pay ialah pengguna boleh daftar sehingga sepuluh kad sekaligus. Maknanya, kalau satu tidak boleh pakai, kau boleh guna kad lain sampai berjaya. Kalau gagal juga, kau pulangkan balik barang tu sambil-sambil tunjuk kunci GTR.

Selamat ke tidak?

Sekarang ini telefon pintar dah semakin genius. Cuma tidak ada anggota badan sahaja kalau tidak dah boleh suruh dia orang beli Cha Kuew Tiaw dekat Mali’s.

Sebelum kau nak bayar tu, Samsung Pay akan minta sahkan identiti melalui cap jari atau anak mata untuk model S8 atau S8+. Kalau tak mahu guna dua kaedah tu pun boleh, nombor pin juga diterima.

Cuma iyalah, berapa banyak nombor pin nak ingat, kalau guna cap jari atau anak mata lebih mudah sebab ye lah tidak perlu ingat apa-apa.

Kempen Petronas – Samsung Pay

Sebelum ini Abang dah maklumkan bahawa Petronas ialah satu-satunya stesen petrol dalam negara yang mempunyai kemudahan ini. Senang habis.

Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Samsung Pay, Petronas menganjurkan satu peraduan yang mudah sangat. Tarikh peraduan bermula dari 10 Julai hingga 3 September 2017. 

Caranya memang kacang goreng. Pengguna Samsung hanya perlu merakam gambar dan muat naik ke laman Instagram PETRONASBrands.

BACA: GUNA SAMSUNG PAY DI STESEN PETRONAS – TAK PERLU BAWA DUIT DAN KAD KREDIT UNTUK BERBELANJA!

Kemudian, reka ayat kreatif dan kongsi dengan rakan-rakan dan kenalan sepanjang kempen berlangsung. Senang sangat kot, anak Abang Japar yang umur enam tahun tu pun boleh buat.

Sepanjang lapan minggu berlangsung, pemenang utama bakal memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan PETRONAS GiftCard bernilai RM150.

Pemenang tempat kedua pula bakal dihadiahkan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A7 dan juga PETRONAS GiftCard bernilai RM100.

Kalau tak berjaya menang telefon percuma, hadiah lain pun ada.

Lima pemenang mingguan tempat ketiga akan menerima Pek Bateri Samsung manakala lima pemenang sagu hati pula menerima PETRONAS GiftCard bernilai RM50.

Okay setakat itu sahaja dulu, Abang nak siap-siap pergi surau ni. Kalau ada apa nak tanya, kau orang boleh periksa di sini:

www.samsung.com/my/samsungpay  atau http://www.mymesra.com.my/[email protected]_yourself_an_S8_and_many_more!.aspx

Kalau nak masuk atau hidupkan kereta guna teknologi ini bagus juga kan. Kejap, Abang nak whatsapp kawan Abang dekat Korea. Kau tunggu teknologi AJ Pay!   

Google ads
Back to top button