Buletin

BUGATTI CHIRON SPORT – LEBIH RINGAN, LAJU DAN HARGANYA RM12.7 JUTA

Bugatti memperkenalkan model Chiron Sport di acara Geneva Motor Show 2018. Berbeza dengan Chiron biasa, Chiron Sport telah menerima beberapa bentuk penambahaikan.

Antaranya, ia menerima sistem suspensi yang lebih keras bersama fungsi Dynamic Torque Vectoring. Jadi, Chiron Sport menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih mantap.

Jentera itu juga 18kg lebih ringan. Jadi, ia lebih laju berbanding model Chiron sebelum ini. Buktinya, Chiron Sport berjaya mencatat masa terpantas lima saat lebih baik di litar Nardò, Itali.

Bugatti mendakwa Chiron Sport mampu mengambil selekoh pada kelajuan lebih 200km/j. Supersport mewah ini masih menggunakan enjin sama berkuasa 1,500PS.

Bugatti membangunkan Chiron Sport demi memenuhi kehendak pelanggan yang mahuken Chiron lebih sporty dan dinamik.

“Apa yang penting ialah kami tidak mengubah karekter unik Chiron. Ia tetap memiliki gabungan prestasi, pecutan dan tahap kemewahan yang luar biasa,” kata Presiden President of Bugatti Automobiles S.A.S., Stephan Winkelmann.

Harus tahu bahawa ia menjadi kenderaan produksi pertama dalam industri automotif yang menggunakan penggilap cermin diperbuat daripada gentian karbon. Selain itu, Chiron Sport dapat dibezakan melalui rekaan rim dan empat paip ekzos.

Chiron Sport ditawarkan pada harga AS$3.26 juta (RM12.7 juta) seunit. Pelanggan boleh memilih warna dan kemasan mengikut kehendak masing-masing.

Penghantaran pertama Chiron Sport dijangka bermula akhir tahun ini.

Google ads
Back to top button