Buletin

INILAH IMEJ TOYOTA SUPRA BARU PALING HAMPIR YANG BOLEH DILIHAT, SEBELUM DIDEDAHKAN SEPENUHNYA DI GENEVA

Bila-bila masa sahaja Toyota Supra baru akan didedahkan dalam pameran automotif paling berprestij di dunia, Geneva Motorshow. Krew Toyota Eropah kelihatan sedang mempersiapkan jentera ini untuk pameran dan ketika sedang bersedia, satu video pendek berjaya dirakam dengan memperlihatkan asas rupa bentuknya di bahagian sisi.

Ia adalah penantian yang cukup lama untuk kita melihat Toyota membina semula legasi ikonik Supra yang ditamatkan perkhidmatannya pada 1999 menerusi model JZA80.

Pun begitu, sedikit mengecewakan kerana dalam pamera ini, Toyota dilaporkan tidak mempamerkan versi produksi sebenar sebaliknya mengetengahkan siri konsep perlumbaan.

BACA: SUPRA BARU AKAN GUNA TEKNOLOFGI ELEKTRIK?

Dalam satu laporan berasingan, Toyota dikatakan hanya akan mempamerkan Supra sebenar pada pameran Auto New York yang akan berlangsung bulan April nanti.

Walaupun hanya dapat dilihat pada bahagian sisi yang kecil, ia kelihatan jelas dikenakan dengan livery warna perlumbaan Gazoo, sayap pembangunanan motorsport Toyota. 

Rodanya juga menggunakan kekunci tunggal dengan tayar MIchelin dan sekali pandang, ia kelihatan mirip dengan foto intipan yang disiarkan majalah Jepun tak berapa lama dahulu

Sebelum ini terdengar khabar angin bahawa Supra akan dilancarkan dibawah jenama Gazoo yang mana ia berkemungkinan besar juga jika melihat kepada petak pameran Supra ini yang diletakkan di sebelah Toyota Hilux Gazoo Racing. 

Kami akan mengemaskini sebarang berita tentang kereta lagenda ini. Bagi anda yang baru tahu, Supra baru ini dibangunkan dengan kerjasama bersama BMW yang juga membangunkan Z4 dengan platform yang sama.

Laporan terdahulu menyebut bahawa Supra baru ini dikuasakan oleh enjin enam selinder sebaris, 3.0 liter turbo yang menghasilkan 335 kuasa kuda dan 335 tork yang dipacu oleh transmisi automatik lapan kelajuan.

Nah, saksikan video pendek di bawah

Google ads
Back to top button