Buletin

FORTUNER HADIR DI PASARAN INDONESIA

Hujung tahun lalu, Mekanika ada mengeluarkan artikel tentang kedatangan model Toyota Fortuner di Indonesia. Hari ini, PT Toyota Astra Motor (TAM) rasmi melancarkan model tersebut ke pasaran tempatan.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (11)

Model pemasangan tempatan (CKD) dari kemudahan kilang di Karawang, Jakarta itu diperkenalkan dengan kapasiti enjin 2.7L dan 2.4L.

Menerusi penampilan dan prestasi yang didukung oleh teknologi dan enjin baharu, ciri-ciri canggih, Fortuner siap menentang pesaingnya.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (6)

Fortuner menggunakan teknologi enjin baharu. Enjin dieselnya menggunakan teknologi GD dengan  VN-Turbo Intercooler. Sementara, enjin petrol jenis TR dilengkapi teknologi Dual VVT-I baharu.

Enjin GD tidak hanya menghasilkan prestasi lebih besar, namun tawaran bahan api adalah di tahap yang terbaik.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (1)

Manakala, enjin petrol TR menghasilkan pecutan responsif pada masa cekap bahan api.

Kedua-dua enjin baharu berkenaan dikatakan memiliki karakter enjin lebih halus dan getaran yang minimum.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (3)

Fortuner serba baharu itu didakwa akan memberikan prestasi SUV yang kukuh berbanding pendahulunya.

Pengarah Presiden (TAM), Hiroyuki Fukui berkata kehadiran Fortuner berkenaan adalah sebahagian daripada respons Toyota memenuhi keperluan masyarakat dinamik Indonesia.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (2)

“Dengan kehadiran varian baharu – VRZ dan SRZ, kami optimis Fortuner akan diterima baik oleh masyarakat Indonesia,” katanya.

Pasaran Indonesia menerima enam varian Fortuner dengan pilihan pacuan empat roda dan dua roda.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (14)

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi automatik 6-kelajuan dan manual 6-kelajuan. Perpindahan gear lebih halus dan tork sangat bertenaga meskipun pada rpm yang rendah. Ciri mode ECO/Power turut didatangkan pada transmisi automatik.

Bagi yang memilih pacuan dua roda (4×2), tersedia empat barisan varian iaitu 2.7 SRZ (AT), 2.4 VRZ (AT), 2.4 G (AT) dan 2.4 G (MT). Sementara, di bawah lencana 4×4 ialah 2.4 VRZ (AT) dan 2.4 G (AT).

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (8)

Kesemua varian ditawarkan dengan aura sporty yang kuat pada jentera. Generasi baharu ini tampil dengan dua warna baharu iaitu Avantgarde Brown Metallic dan Phantom Brown Metallic. Selain empat warna sedia ada iaitu kelabu, hitam, putih dan perak.

Pihak Toyota turut menawarkan ciri  Power Back Door untuk keselesaan ketika operasi membuka pintu but di belakang.

toyota-fortuner-2016-indonesia-mekanika (13)

Pada bahagian kabin, Fortuner VRZ dan SRZ dilengkapi kemasan lebih mewah, sistem hiburan baharu dan sistem keselamatan lebih lengkap. Untuk makluman, UMW Toyota Motor turut akan melancarkan Fortuner tahun ini.

Berikut ialah senarai harga setiap varian Fortuner. Namun begitu harga varian 2.4 VRZ 4×4 AT tidak dinyatakan dalam laman web rasmi TAM.

2.7 SRZ AT: Rp 509,100,000 (RM157,821)

2.4 VRZ AT: Rp 494,000,000 (RM153,140)

2.4 G AT: Rp 460,000,000 (RM142,600)

2.4 G MT: Rp 442,000,000 (RM137,020)

2.4 G 4×4 AT: Rp 557,000,000 (RM172,670)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button