Buletin

MINI COUNTRYMAN PARK LANE EDISI TERHAD

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI Countryman Park Lane yang baru dan eksklusif.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (10)

“MINI Countryman ialah MINI pertama yang mempunyai empat pintu, lampu belakang besar, lima tempat duduk dan fleksibiliti ruang dalaman lebih luas.  Sejak mula-mula diperkenalkan di peringkat global dan Malaysia, ia membolehkan jenama MINI mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kompak premium,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

MINI Countryman Park Lane mendapat namanya daripada Park Lane, salah satu alamat yang paling berprestij di London. Ini merupakan kali pertama nama tersebut digunakan kepada MINI Countryman.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (12)

MINI Countryman yang terhad kepada 88 unit sahaja ini memiliki karekter atletik dan sangat versatil. Dengan reka bentuk yang mudah dikenali, kualiti premium, konsep ruang kabin yang versatil dan keseronokan pemanduan sebuah MINI, pakej keseluruhan yang ditawarkan oleh MINI Countryman nyata sukar untuk diketepikan.

Jentera ini dipasang dengan bodykit MINI ALL4 bersama kemasan warna kelabu (Earl Grey). Sementara bahagian bumbung dan cermin sisi menggunakan varian warna merah (Oak Red) serba baharu.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (13)

Karekternya yang tersendiri dan bergaya diserlahkan lagi melalui jalur Oak Red pada bahagian bonet, belakang serta sisi bawah. Lampu isyarat membelok diletakkan di dalam perumah berwarna merah bersama lencana “Park Lane” yang eksklusif pada permukaan kokpit serta sil pintu.

Penampilan luarannya yang klasik diserlahkan lagi dengan rim aloi bersaiz 18 inci bersama rekaan Turbo Fan berwana kelabu gelap. Pakej visual luaran dipertingkatkan dengan elemen badan berwarna perak pada sil sisi serta apron hadapan dan belakang.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (16)

Ruang kabin MINI Countryman Park Lane menggunakan warna kelabu (Cross Stripe grey). Manakala kemasan pintu dan kokpit mengaplikasikan warna kelabu (Oxide Grey).

MINI Countryman Park Lane dipasang dengan skrin LCD warna beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci, dikenali sebagai MINI Visual Boost. Ia menampilkan aplikasi baharu MINI Connected yang boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (18)

Fungsi-fungsi baru seperti MINI Streetwise yang membantu pemandu mencari laluan terbaik ke destinasi. Ciri Sports Instruments pula memaparkan data enjin seperti kelajuan rev, suhu enjin dan output semasa enjin.

Jentera kompak ini dijana oleh unit enjin empat silinder MINI TwinPower Turbo bersesaran 1.6 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 190hp dan tork 240Nm bersama keupayaan fungsi overboost mencecah 260Nm.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (17)

Ia boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 212km/j. Selain menawarkan purata penggunaan bahan api 7.5 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 153 gram untuk setiap kilometer.

MINI Countryman Park Lane juga didatangkan dengan kelebihan Jaminan Jarak Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun serba baharu bersama program Servis Berjadual Percuma yang diumumkan baru-baru ini.

MINI-Countryman-Park-Lane-mekanika (11)

Program servis ini menawarkan perlindungan lanjutan, merangkumi servis berjadual percuma dan penyelenggaraan sehingga 60,000km berdasarkan kepada sistem Condition Based Service (CBS).

Harga di atas jalan MINI Countryman Park Lane baharu, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Jarak Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun MINI dan Servis Percuma ialah RM 253,888 seunit.

Google ads
Back to top button