Buletin

KEMPEN “IT’S IN THE DRIVE” & ‘PANDU UJI & MENANG’ PROTON

 

Proton Holdings Bhd (Proton) melalui anak syarikat milik penuhnya, Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton Edar) buat pertama kalinya melancarkan kempen  “It’s in the drive” dan Peraduan ‘Pandu Uji & Menang’ untuk semua rakyat Malaysia.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (2)

Kempen yang bermula hari ini merupakan titik permulaan kepada siri jelajah Proton Edar. Ia bakal melibatkan beberapa lokasi tumpuan utama serta pusat beli-belah di seluruh negara mulai 23 Januari hingga 31 Mac 2016.

Pemenang peraduan berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan seperti TV LCD 42 inci, telefon bimbit dan iPad mini bernilai hampir RM150,000.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (4)

Pada penghujung peraduan, seorang pemenang akan membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Proton Suprima S 1.6 premium.

“Salah satu cara untuk merasai perbezaan produk Proton adalah dengan pandu uji. Pada masa yang sama berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Kempen ini memulakan siri jelajahnya pada hujung minggu ini (23 & 24 Januari 2016) bermula 10 pagi – 10 malam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (1)

Kempen ini menawarkan kadar faedah 2.8% bagi semua kereta Proton dan skim graduan khas dengan ansuran bulanan bermula dari RM258 sebulan. Bagi ganjaran kesetiaan pula, rebat sehingga RM3,000 ditawarkan kepada semua pemilik Proton yang ingin menggantikan atau membeli sebuah lagi kereta Proton.

Pelanggan boleh menukar kereta lama dengan rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun usia kereta mereka. Diskaun sehingga RM6,200 bagi model 2015 yang terpilih juga disediakan.

Satu sesi pemanduan berhemah turut dijalankan. Orang ramai ditunjukkan dengan kemahiran pemanduan yang betul untuk mengelak kemalangan.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (7)

Sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan Tahun Baru Cina, pemilik kereta Proton digalakkan untuk menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan keselamatan 30 poin secara percuma.

Mereka berpeluang mendapatkan harga istimewa untuk pakej perkhidmatan pemeriksaan berjadual. Di samping diskaun sebanyak 30ke atas semua barangan Proton sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (5)

Penduduk Malaysia dengan kad pengenalan atau pasport dan lesen memandu yang sah layak mengambil bahagian dalam peraduan “Pandu Uji & Menang”.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua kriteria kelayakan. Pertama, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran Proton di seluruh negara dan pandu uji mana-mana model Proton. Kemudian, isi borang pandu uji, jawab beberapa soalan mudah dan peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.

Proton-it's-in-the-drive-campaign-mekanika (6)

Sementara pelanggan yang menempah kereta sepanjang kempen ini dijalankan berpeluang untuk memenangi sebuah Suprima S.

Maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran PROTON atau layari laman web: www.proton.com.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button