Buletin

SELAMAT DATANG ENCIK VELLFIRE, SELAMAT KEMBALI TUAN  ALPHARD!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) pagi tadi memperkenalkan dua MPV premiumnya, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire serba baharu.

Toyota-Alphard-launch-2016-mekanika (6)

Sebelum ini, UMW Toyota Motor pernah menawarkan Alphard generasi kedua. Kini Vellfire generasi kedua turut menjadi taruhan.

Aplhard serba baharu ditawarkan dalam dua varian – Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5. Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin 3.5 liter Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence).

Toyota-Vellfire-launch-2016-mekanika (3)

Ia mampu menjana kuasa maksimum 180kW/271PS dan tork 340Nm. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear enam kelajuan dengan mode manual sequential. Bagi mengurangkan lagi penggunaan bahan api, mode ECO ada disediakan.

Vellfire yang hadir dalam satu varian sahaja pula dilengkapi enjin 2.5 liter empat silinder dengan ciri Dual VVT-i. Output kuasa maksimumnya ialah 32kW/180PS dan tork 235Nm. Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi CVT (continuously-variable transmission) tujuh  kelajuan.

Toyota-Vellfire-launch-2016-mekanika (2)

Sistem keselamatan aktif dan pasif standard untuk kedua-dua MPV mewah ini termasuklah tujuh beg udara SRS, ABS dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control.

Alphard 3.5 ditawarkan pada harga RM419,900 dan Alphard 3.5 Executive Lounge berharga RM519,900  seunit. Manakala Vellfire boleh anda miliki pada harga RM345,000 sebuah.

Toyota-Alphard-launch-2016-mekanika (3)

Jangan cakap harga ini mahal atau beli di kedai recond lagi berbaloi dahulu. Justifikasinya akan kami nyatakan dalam satu siri artikel khas nanti, Insya Allah.

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang kedua-dua MPV premium ini. Antaranya, pemijak sisi telah telah direndahkan untuk kemudahkan urusan keluar masuk.

Toyota-Alphard-launch-2016-mekanika (1)

Alphard dan Vellfire kini dipasang dengan suspensi jenis double wishbone untuk roda belakan. Di samping sunroof, moonroof dan banyak lagi ciri yang cukup mewah.

“Pelanggan yang membeli daripada pengedar rasmi seperti UMW Toyota akan menikmati banyak mafaat termasuk waranti penuh 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Toyota-Alphard-launch-2016-mekanika (2)

“Kami juga memiliki rangkaian servis selepas jualan yang luas bersama juruteknik terlatih untuk melakukan servis terhadap kenderaan-kenderaan ini,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

UMW Toyota mensasarkan jualan 1,500 unit bagi kedua-dua MPV tersebut menjelang akhir tahun ini.

Toyota-Vellfire-launch-2016-mekanika (1)

Alphard dan Vellfire akan berada di bilik pameran terpilih Toyota di seluruh negara bermula 19 Ogos. Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian bebas Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button