Buletin

KOS PENJAGAAN SEBUAH NISSAN GTR

Kita mulakan dengan servis biasa sahaja dulu diikuti dengan “common wear & tear parts”

– SERVIS –

• Engine Oil Service Package
Engine Oil digunakan sebanyak 5.5liter. Jika menggunakan aftermarket big oil pan, lebih banyak minyak diperlukan.
Kos dalam lingkungan RM950(Motul 300V) berserta upah.

• Transmission Service Package
Transmission Fluid digunakan sebanyak 11 liter. Sama seperti konsep Engine Oil tadi, jika aftermarket big oil pan digunakan, lebih banyak minyak diperlukan. Pakej merangkumi “Front Diff Oil” dan “Rear Diff Oil”
Kos dalam lingkungan RM2600 berserta upah.

– COMMON WEAR & TEAR PARTS –

• Spark Plug
VR38 merupakan sebuah enjin 6 Silinder V6, so 6 biji spark plug diperlukan. Spark Plug original ada 2 jenis, NGK dan Denso. Harga lebih kurang.
Kos dalam lingkungan RM1,320 berserta upah.

• Front Brake Pad
Bab ni, Caliper pun Brembo. So faham-faham lah. Tapi untuk GTR ada banyak pilihan, nak tang murah ada, yang mahal pun ada.
Kos dalam lingkungan RM2,850(original), RM2,400(Endless)

• Rear Brake Pad
Pun sama seperti Front Brake Pad. Banyak pilihan.
RM2,640(original), RM1,700(Endless)

• Front Brake Rotor & Rear Brake Rotor
Dari pengalaman aku, ada 3 brand je yang aku percaya. Original(Brembo), Endless, dan AP Racing.
Kos adalah dalam lingkungan RM12,000 ke RM18,000

• ABS Pump
Boleh dikatakan kerap memberikan masalah juga, harganya boleh tahan.
Kos adalah dalam lingkungan RM10,000 dengan upah.

*Aku tak suka berkompromi tentang brek, lagipun major knowledge aku adalah perihal Sistem Brek. Jadi aku tak rekemen pakai low quality brake pad.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH VW SCIROCCO

• Tayar
Universal, ini ikut kemampuan dan minat anda terhadap jenama dan jenis tayar tersebut. Jangan pakai tayar toreh sudahlah.
Kos dalam lingkungan RM10,000

• TPMS
Tire Pressure Monitoring System. Sensor ni ada dalam tayar. Selalu sangat rosak. Nak tukar ni kena keluarkan tayar dari rim ye Tuan-Tuan. Kalau anda pakai tayar RFT lagi tinggi kedai caj anda.
Kos dalam lingkungan RM800 sebiji dengan upah. Berdoalah jangan sampai 4 biji sekali rosak.

• Flywheel Housing
Dipanggil juga sebagai Bell Housing. Jika benda ni rosak, anda akan dengar “rattling sound” dari bawah kenderaan anda.
Kos adalah dalam lingkungan RM11,000 siap pasang.

• Height Level Sensor
Sensor ni terletak di belakang kiri sistem suspensi kenderaan. Selalu juga patah.
Kos adalah dalam lingkungan RM3,850 dengan upah.

• Suspension Set
Jika kenderaan anda berusia lebih dari 5 tahun, bersedia dengan masalah “leak absorber”. Sistem suspensi kenderaan ini dilengkapi dengan sistem “damptronic” dimana anda boleh melaras kekerasan suspensi tersebut. Aku rekemen dua jenis set utk kenderaan ini, Original atau Litchfield Street.
Kos adalah dalam lingkungan RM31,000(Original), dan RM27,000(Litchfield)

• Coolant Expansion Tank
Tangki air ni jahat. Selalu bocor. Kalau anda lihat “coolant level” dalam tangki ni makin berkurang, cuba lah periksa keadaan tangki ini dahulu ye.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,290 berserta upah.

• Valve/Rocker Cover Gasket
Bukan enjin V6 sahaja ada masalah ni, malah kebanyakan enjin.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,500 berserta upah.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW GOLF 1.4TSi

• Transmission Unit
Terlalu banyak untuk diceritakan dan ditulis disini. GR6 ni sebenarnya bermacam ragam. Tapi yang common adalah clutch wear. Jadi aku tak bagi kos satu persatu, anggaran kos keseluruhan rebuild balik gearbox unit ni adalah lingkungan RM45,000 atau lebih.

Credit kepada pengkosian maklumat ini, artikal ini dari salah seorang pemilik nisan GTR.

Kereta semua kita mampu beli dan bayar bulan2 tak kisah la kereta apa sekali pun tetapi….. Tetapi…. Tetapi…. Anda harus ingat servis dan penyelenggaraan tak sama macam bayar bulanan, belum kira rodtax dan insurance lagi… Nasihat admin belilah kereta yang mampu untuk bayar bulanan, mampu bayar servis dan maintenance.

Kadang2 kita boleh saja bayar bulanan proton preve cfe tetapi sekali major servis, tukar timing belt, minyak cvt dan filter serta mounting engine dan lain2 kena harga dekat 2500 ke atas jangan terkejut ye……. Maintenance punya kos ni kadang2 boleh terpikir buat down-payment kereta baru ye….

Tepuk dada tanya selera… Kami ni pomen pakai wira 1.3 cash jer lepas tu repair sikit2…😀😀😀😀😀

………………………………………

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

Google ads
Back to top button