Buletin

AKHIRNYA…TESLA PINTAS JUALAN LEXUS PERTAMA KALI DI EROPAH

Prestasi mengejutkan Tesla, kerana walaupun ” model murah” mereka, Model 3 belum lagi masuk ke pasaran Eropah, Tesla sudah berjaya memintas jualan Lexus di Eropah.

ACEA melaporkan bahawa pendaftaran baru kereta Lexus di Eropah Barat (EU15 dan negara EFTA) pada bulan September ialah sebanyak 4,837 (turun 10.7 peratus berbanding 2017) dan secara keseluruhan dari Januari – September ialah 31,714 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2018.

BACA: PORSCHE DAKWA BATERI MEREKA LEBIH BAIK DARI TESLA

Menurut penganalisis industri Matthias Schmidt (schmidtmatthias.de) jualan Tesla yang kukuh pada bulan lalu pada suku ketiga membolehkannya memintas Lexus, walaupun syarikat dari California masih kurang 10,000 unit berbanding jenama Jepun itu bagi jualan Januari – September 2018.

Dengan kata lain, walaupun tanpa Model 3 yang belum lagi dieksport ke Eropah lagi, Tesla sudah berada di atas Lexus- sekurang-kurangnya uuntuk jualan September.

Ramai pemerhati berpendapat, apabila model 3 akhirnya mencecah pasaran, jenama premium Toyota itu mungkin akan memahami bahawa masa hadapan kenderaan penumpang adalah kenderaan elektrik, bukannya hibrid.

 

Google ads
Back to top button