Artikel PilihanBuletin

SENARAI CALON KERETA TERBAIK DUNIA 2016 – BAGAIMANA IA DINILAI?

The World Car Award Foundation telah mengumumkan pencalonan pusingan pertama untuk anugerah World Car of the Year Award 2017 di Paris Motor Show 2016 baru-baru ini. The World Car Foundation merupakan sebuah organisasi bebas yang terdiri daripada kumpulan wartawan automotif dari seluruh dunia.

Tahun lepas anugerah ini telah di menangi oleh Mazda dengan MX-5 yang bersaing hebat dengan Audi A4 dan Mercedes-Benz GLC. MX-5 juga telah memenangi anugerah World Car Design of the Year 2016.

Secara keseluruhan terdapat lebih 20 model kereta yang tercalon untuk pencalonan kereta terbaik 2016. Hampir kesemua jenama kereta mengambil bahagian dan sedikit kejutan berlaku apabila dua gergasi pengeluar kereta adari Korea Selatan iaitu KIA dan Hyundai telah berjaya mendapat lima pencalonan.

Keadaan berbeza berlaku apabila cuma Audi terpilih mewakili Jerman tanpa kelibat BMW ataupun Mercedes-Benz. Audi mencalonkan tiga model keluaran mereka iaitu Audi A5/S5 Coupe untuk kategori sedan dan Audi Q2 dan Q5 untuk kategori SUV.

Pencalonan untuk World Car of the Year Award harus mengambil kira beberapa faktor antaranya ialah sebuah kereta itu harus mula dilancarkan sekitar musim luruh (penggal ketiga) 2015 hinggalah ke 2016. Ia juga semestinya sebuah model yang baru (all new) dan bukannya model naik taraf (facelift).

Syarat seterusnya ialah, kereta yang dicalonkan mestilah unit yang dipasarkan secara global di seluruh dunia ataupun lebih daripada satu-satu kawasan (sekurang-kurang 5 negara daripada 2 benua).

Ini bermaksud model-model domestik yang cuma boleh didapati untuk pasaran Eropah, Amerika Utara ataupun Jepun tidak layak untuk dipertandingkan.

Acara penghargaan yang dianjurkan oleh The World Car Award Foundation ini buat pertama kalinya diadakan pada tahun 2005. Ia mempunyai sepasukan juri yang terdiri daripada seramai 70 orang wartawan permotoran dari lebih 20 negara.

Setiap orang juri ini memiliki kepakaran masing-masing dalam menilai setiap aspek pada kereta yang dipertandingkan.

Setiap orang juri memilih berdasarkan enam kategori penilaian bermula daripada konsep, rekabentuk, nilai, teknologi dan sebagainya. Tiga pemenang tempat teratas akan diumumkan di Pameran Motor Geneva 2017 manakala pemenang World Car of the Year Awards akan diumumkan pada bulan April 2017 di Pameran Motor New York 2017.

Berikut adalah calon-calon kereta terbaik 2016 pusingan pertama:

  1. Audi A5/S5 Coupe
  2. Audi Q2
  3. Audi Q5
  4. Buick Lacrosse
  5. Buick Envision
  6. Chevrolet Cruze
  7. Chrysler Pacifica
  8. Fiat 124 Spider
  9. Honda Civic
  10. Hyundai Elantra
  11. Hyundai Genesis G80
  12. Infiniti Q60 (Nissan Skyline coupe generasi baru)
  13. Jaguar F-Pace
  14. Kia Cadenza
  15. Kia Rio
  16. Kia Sportage
  17. Mazda CX-9
  18. Seat Ateca
  19. Skoda Kodiaq
  20. SsangYong Tivoli Air/XLV
  21. Subaru Impreza
  22. Toyota C-HR
  23. Volkswagen Tiguan

Jadi. Dalam 23 model ni, anda rasa kereta mana yang paling layak mendapat kereta terbak di dunia? Kita tunggu pusingan kedua nanti model apa yang masih bersaing dalam senarai.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button