Buletin

SUZUKI SWIFT GENERASI KE-2 DILANCARKAN DI THAILAND – HARGA BERMULA RM62,000

Suzuki Motor Thailand secara rasminya melancarkan Swift serba baharu di pasaran Thailand.

Model kompak generasi kedua itu dipasang dengan enjin 1.2L DUALJET yang dipandakan bersama kotak gear CVT.

Suzuki Thailand mula menghasilkan Swift pada tahun 2012 sebagai model yang mematuhi projek kereta eco yang diinisiatifkan oleh kerajaan Thailand.

Walaupun kuasa enjin empat silinder itu dikurangkan kepada daripada 91hp kepada 83hp, aspek penjimatan bahan api kini adalah lebih baik. Ia mampu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 23.3km bagi setiap liter petrol, selain emisi CO2 maksimum 20kpl and 120g/km.

Kilang Suzuki di sana juga memasang model Celaria dan Ciaz. Swift baharu menjadi model pertama Suzuki yang mematuhi fasa kedua kereta eco di Thailand dengan standard alam sekitar lebih ketat.   

Sejak mengalami perubahan sepenuhnya pada tahun 2017, Swift dipasang di kilang Suzuki di Sagara, Jepun sebelum ia dijual di pasaran Jepun serta dieksport ke Eropah, Ocenia dan Amerika Latin.

Dengan penghasilkan di tiga had pengeluaran iaitu di Jepun, India dan Thailand, Suzuki berharap dapat meningkatkan angka jualan Swift di lebih banyak negara.

Hatchback segmen B itu menerima penambahbaikan dari semua segi.

Ini termasuklah reka bentuk keseluruhan, platform baharu, enjin lebih berkuasa dan sistem infotainmen. Ia bersaing secara langsung dengan model-model kompak lain seperti Mazda2, Mitsubishi Mirage, Nissan March, Honda Brio dan Toyota Yaris.

Swift ditawarkan pada harga bermula 499,000 baht (RM62,000) untuk varian GA, naik 21,000 baht (RM2,600) berbanding sebelumnya. Varian GL berharga 536,000 baht (RM66,570), manakala varian GLX berharga 609,000 baht (RM75,650) seunit.

Pembeli varian GLX kini boleh memasang sistem navagasi dengan menambah 20,000 baht (RM2,500). Varian GA dan GLdipasang dengan dua beg udara. Sementara varian GLX dilengkapi enam beg udara.

Google ads
Back to top button