Buletin

PIAM – WIRA DAN HILUX JADI KEGEMARAN PENCURI, KANCIL PUN SAMA!

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) baru-baru ini melaporkan bahawa Proton Wira dan Toyota Hilux menjadi antara sasaran utama pencuri di Malaysia.

Dalam tempoh 12 bulan lalu, sebanyak 654 unit Wira dan 537 unit Hilux dilaporkan telah dicuri.  

Namun begitu, berdasarkan kepada statistic PIAM, tuntutan insurans melibatkan kereta peribadi, motosikal dan kenderaan komersial menurun sebanyak 23 peratus tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.

Memetik laporan New Straits Times, secara puratanya, syarikat insurans membayar RM14.7 juta sehari atau RM5.02 bilion untuk tuntutan insurans sepanjang tahun lalu.  

Angka ini merupakan peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding RM5.02 bilion dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. Tuntutan tersebut melibatkan kemalangan, kerosakan dan kecurian.

Jumlah itu dilihat cukup tinggi dan membuatkan syarikat insurans terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar tuntutan. Situasi itu juga memerlukan lebih banyak inisiatif dilaksanakan untuk mengurangkan kes-kes seperti kecurian.

Percaya atau tidak, Perodua Kancil yang sudah lama dihentikan produksi menduduki tempat ketiga senarai kereta paling kerap dicuri dengan 378 unit. Ia diikuti oleh Proton Iswara (340), Perodua Myvi (290), Proton Waja (231), Proton Saga (214), Honda Civic (133), Honda City (119) dan Toyota Vios (117).

Tahun lalu, sebanyak 5,625 unit kereta persendirian direkod terlibat dalam tuntutan insurans kerana dicuri. Turun daripada 7,610 unit pada tahun 2016.

Selain kereta, motosikal turut menjadi mangsa curi dengan 8,874 unit. Angka itu bagaimanapun menurun daripada 11,009 unit pada tahun 2016.

Penubuhan Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) dilihat memberi impak positif dalam usaha mencegah kecurian. VTREC bukan sahaja melibatkan pengendali insurans, malah mendapat kerjasama daripada pihak polis, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Bank Negara Malaysia.  

Selain tiga model tadi, pencuri juga gemarkan model Toyota Vellfire (112 unit), Mitsubishi Pajero (77 units). Tidak ketinggalan ialah model-model seperti Peugeot 308, Peugeot 508, Nissan Vanette, Lexus RX350, BMW 7, Proton Perdana dan Ford Courier.

Tags
Google ads
Back to top button