
BYD RASMI BILIK PAMERAN BAHARU DI PUTRAJAYA
BYD baru-baru ini merasmikan bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah pertamanya di Lembah Klang.
Bersama-sama dengan Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Millennium Autobeyond, pembeli kini boleh melawat bilik pameran BYD baharu di IOI City Mall di Putrajaya.
Dengan keluasan 1,299 kaki persegi, bilik pameran baharu itu turut menampilkan ruang penghantaran konsep luar pertama untuk pelanggan mereka.

Beroperasi sebagai pusat 1S, ia mempamerkan model pasaran terkini, menawarkan pembeli pengalaman yang unik.
“Kami melihat ke hadapan untuk memperkenalkan BYD kepada rakyat Malaysia di Lembah Klang,” kata Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd, Eagle Zhao.
Bagi Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan, bilik pameran baharu itu berupaya menawarkan pengalaman yang unik kepada pelanggan, terutamanya di sekitar Putrajaya.

“Kami teruja tentang kepentingannya untuk pembeli di sini, serta mereka yang tinggal dan bekerja sekitar Putrajaya. Kami menjemput semua orang untuk meneroka bilik pameran ini.”
Sehingga kini, BYD mempunyai sejumlah 14 bilik pameran di seluruh Malaysia dengan enam lagi bilik pameran bakal dibuka tidak lama lagi.
Menurut BYD, bilik pameran dan pusat servis BYD bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui pasukan jualan profesionalnya, dari pandu uji hingga ke penghantaran kenderaan.
- BACA: PIKAP BYD BAKAL CABAR HILUX, RANGER & D-MAX DI AUSTRALIA.
- BACA: JUALAN BULAN SEPTEMBER TESLA MENURUN 10.9 PERATUS – JAUH KENA TINGGAL DENGAN BYD
- BACA: BYD TERUS TUNJUK TARING DI THAILAND – JUAL LEBIH 3,000 EV SEPANJANG SEPTEMBER
- BACA: BYD SEAL DILANCARKAN DI THAILAND – JANA 523HP, HARGA BERMULA RM170K

