
BYD TERUS TUNJUK TARING DI THAILAND – JUAL LEBIH 3,000 EV SEPANJANG SEPTEMBER
BYD terus menampilkan prestasi mengagumkan dari segi jualan apabila mencatat rekod baharu di pasaran Thailand, menjual 3,242 kenderaan elektrik (EV) sepanjang bulan September.
Dalam konteks pasaran keseluruhan, Thailand melaporkan 6,875 jualan EV untuk September, dengan BYD menguasai 47 peratus bahagian pasaran.
Sepanjang tahun ini, Thailand mencatatkan 50,347 EV secara keseluruhan, dengan BYD menyumbang 36 peratus daripada jualan ini.

Ini menunjukkan perubahan ketara berbanding tahun sebelumnya, di mana hanya 9,729 EV dijual di Thailand. Bukan itu sahaja, jualan tahun 2023 sehingga kini juga melepasi angka tahun lalu lebih lima kali ganda.
Mengenai penguasaan jualan bulanan, BYD muncul sebagai jenama EV terkemuka di Thailand untuk sepanjang tempoh tersebut kecuali Jun. Pada bulan Jun, Neta berhasil mendapat tempat teratas, mengatasi BYD.
Pada bulan September turut menyaksikan tiga jenama EV China (BYD, MG serta Neta) menguasai pasaran Thailand, secara kolektif menguasai 87 peratus bahagian pasaran Thailand.
Perkembangan berkaitan, BYD baru-baru ini memperkenalkan model EV Seal ke pasaran Thailand pada 28 September lalu. Sambutan adalah luar biasa, termasuk lebih 1,000 pesanan telah dibuat dalam masa satu jam sahaja selepas pelancaran.
Menurut BYD, penghantaran model ini dijangka akan bermula secara besar-besaran di Thailand pada bulan Oktober.
- BACA: BYD SEAL DILANCARKAN DI THAILAND – JANA 523HP, HARGA BERMULA RM170K
- BACA: TOYOTA TINGKAT PENGELUARAN EV, ATASI TESLA DAN BYD
- BACA: BYD DOLPHIN DIPERKENALKAN DI JEPUN, HARGA BERMULA RM115K, SAIZ LEBIH BESAR BERBANDING MODEL CHINA
- BACA: BYD KUASAI PASARAN EV ASEAN – STRATEGI PERKENALKAN JENAMA, UNTUNG RUGI NO.2