
PIKAP BYD BAKAL CABAR HILUX, RANGER & D-MAX DI AUSTRALIA.
Beberapa keping gambar paten telah terlepas di laman sesawang menujukkan BYD sedang giat membangunkan trak pikap 5 penumpang pertama buatan mereka bagi menebusi pasaran Australia dengan lebih serius pada tahun
Pendedahan yang dibuat oleh Autohome ini menunjukkan trak pikap BYD yang masih lagi tidak diberikan nama rasmi, namun imej luaran dan dalaman trak tersebut adalah imej 3D janaan komputer. Jika diperhatikan, anda akan dapati bahawa beberapa garisan rekaan yang digunakan diambil daripada pesaing BYD

Sebagai contoh lampu depan dengan rekaan huruf C adalah menggunakan rekaan yang sama oleh Ford Ranger Raptor dengan huruf BYD dipasang di tengah jeriji atas. Imej yang terdedah ini juga menunjukkan pikap BYD menggunakan pelitup plastik berwarna hitam pada perumah tayar serta bumbung suria pada bahagian kabin
Rekaan bahagian belakang pula memuatkan sportbar di bahagian kargo, roofrack,bampar belakang serta rekaan lampu belakang yang menyamai rekaan yang digunakan oleh Toyota Hilux.
BYD Australia telah menyatakan bahawa mereka merancang untuk memasarkan sebuah trak pikap pada tahun 2024 dengan trenkuasa plug in hybrid, yang menggabungkan enjin 4 silinder dan pek bateri yang besar. Varian elektrik sepenuhnya akan tiba 12 bulan kemudian.

Menurut satu sumber, trak pikap BYD ini akan menggunakan enjin 1500cc 4 silinder, 2 motor elektrik dan juga bateri sebesar 31.4 kWH bagi menjana 670 kuasa kuda, 760Nm tork serta mampu dipandu sejauh 100km dengan mode elektrik sepenuhnya
Namun dengan setangki petrol dan juga bateri dicaj penuh, BYD menjangkakan trak pikap ini boleh dipandu sejauh 800km ke 1200km. Buat masa ini trak pikap BYD ini dijangka akan mulai dijual pada tahun 2024 dengan harga kurang RM 300,000.