Buletin

BYD LANCAR BILIK PAMERAS 2S BAHARU DI IPOH – SEDIA AKSES LEBIH BAIK KEPADA PELANGGAN

Bersama-sama dengan Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Kumpulan Goh Brothers Group, BYD secara rasmi melancarkan bilik pameran 2S terbaharunya di Ipoh, Perak.

Mempunyai keluasan 4,000 kaki persegi, bilik pameran ini menawarkan peluang kepada penduduk tempatan untuk merasai dan melihat lebih dekat rangkaian EV terbaru BYD.

Bilik pameran dan pusat servis BYD Ipoh menyediakan perkhidmatan komprehensif Pinterim 2S, menawarkan jualan holistik dan selepas jualan.

Menurutnya, pelanggan boleh mengharapkan kualiti perkhidmatan luar biasa termasuk dengan kemudahan enam tempat letak kereta khusus untuk pelanggan, dua pengecas komersial serta ruang rehat.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd. Encik Eagle Zhao, berkata, “Kami teruja untuk menyaksikan peningkatan bilangan bilik pameran BYD di seluruh Malaysia.”

“Pelancaran BYD Ipoh menyediakan penduduk tempatan dengan akses lebih baik kepada EV kami selain, meningkatkan kemudahan perkhidmatan selepas jualan. Kami menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang merasai pengalaman EV dan teknologi BYD.”

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama BYD ke pusat bandar Ipoh,” ujar Ketua Pengedar Goh Brothers Cars, Ernie Goh.

“Pemilik BYD kini boleh membeli dan servis kereta mereka di sini, menawarkan pengalaman tiada tandingan kepada penduduk tempatan.”

Google ads
Back to top button