
BYD SEAL DILANCARKAN DI THAILAND – JANA 523HP, HARGA BERMULA RM170K
BYD baru-baru ini secara rasmi melancarkan BYD Seal di pasaran Thailand dengan tanda harga bermula 1,325,000 baht (RM170,288) sahaja.
Dari segi dimensi, model ini berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm dan jarak roda pada 2,920mm.
Di kenali sebagai ‘Model 3 Killer’ di China, BYD Seal didatangkan dalam tiga versi iaitu RWD Dynamic, RWD Premium serta AWD Performance.

Dengan konsep rekaan ‘marine aesthetics’, model ini kelihatan lebih kemas dan sporty dari luaran, termasuk di bahagian dalam, dipadankan bersama kemasan suede, kulit serta plastik lembut.
Selain itu, ia dilengkapi instrument digital dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta ADAS yang didatangkan secara standard.

Dari segi kuasa, perincian bagi setiap versi adalah seperti berikut:
- RWD Dynamic: Kuasa maksimum 201hp, pek bateri 61.44kWj, jarak gerak maksimum 510km
- RWD Premium: Kuasa maksimum 309hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 650km
- AWD Performance: Kuasa maksimum 523hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 580km
Untuk harga, BYD Seal juga menawarkan harga sangat kompetitif iaitu 1,325,000 baht (RM170,288), 1,449,000 baht (RM185,882), dan 1,599,000 baht (RM205,124).
GALERI:









- BACA: TOYOTA TINGKAT PENGELUARAN EV, ATASI TESLA DAN BYD
- BACA: BYD DOLPHIN DIPERKENALKAN DI JEPUN, HARGA BERMULA RM115K, SAIZ LEBIH BESAR BERBANDING MODEL CHINA
- BACA: BYD KUASAI PASARAN EV ASEAN – STRATEGI PERKENALKAN JENAMA, UNTUNG RUGI NO.2
- BACA: BYD ATTO 3 CAPAI PRODUKSI KE 500,000 – BUKTI PASARAN NEV BYD SEMAKIN BERKEMBANG