" "
Buletin

JUALAN BULAN SEPTEMBER TESLA MENURUN 10.9 PERATUS – JAUH KENA TINGGAL DENGAN BYD

Tesla baru-baru ini dipaksa untuk berpuas hati setelah jualan bulan September menurun sebanyak 10.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), jualan kereta Model 3 dan Model Y buatan China turun 12.0 peratus berbanding bulan Ogos 2023.

Pesaing Tesla, BYD pula menerima nasib sebaliknya, apabila penghantaran bagi model siri Dynasty, Ocean EV serta model hibrid, meningkat 42.8 peratus kepada 286,903 unit bulan lepas, berbanding 200,973 pada September tahun lalu.

Dalam pada itu, Tesla bagaimanapun terus melangkah dengan melancarkan Model 3 facelift di China, di mana ia diberi tanda harga bermula AS$35,573 (RM168,384), 12 peratus lebih mahal berbanding Model 3 semasa.

Sementara, jenama dari China, Xpeng, merasmikan SUV G9 dengan harga 15 peratus lebih murah berbanding sebelumnya, iaitu pada AS$36,121 (RM170,978).

Untuk rekod, Tesla, bersama-sama pencabarnya di China sedang bersiap sedia untuk kebangkitan semula dalam sentimen pengguna, dirangsang oleh diskaun serta pelepasan cukai untuk kenderaan elektrik.

Google ads
Back to top button