Buletin

C 200 COUPE AMG LINE 2020. ENJIN 2.0 TURBO BAHARU, MERCEDES ME CONNECT. RM336K

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model Mercedes-Benz C 200 Coupé AMG Line yang telah dipertingkatkan.

Jentera itu kini menggunakan enjin turbo empat selinder bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa sehingga 204hp dan tork 300Nm dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 7.2 saat sahaja. Manakala pecutan maksimum mencecah 245km/j.  

C 200 Coupé turut dipadang dengan sistem ketersambungan canggih, Mercedes me connect (Mmc). Modul komunikasi itu membolehkan pengguna berhubung dengan kereta mereka dari mana-mana sahaja di dunia.

Lebih menarik, pemilik boleh membuka, menghidupkan enjin dari jauh, mendapat sokongan, memeriksa takat bahan api atau mengesan kedudukan dengan mudah.

Untuk menikmati perkhidmatan ini, pelanggan perlu mendaftar dan membuat satu akaun peribadi di https://www.mercedes-benz.com.my/mercedes-me atau menerusi aplikasi Mercedes me.

Pengedar sah Mercedes-Benz kemudian akan memadankan akaun Mercedes me dengan kenderaan sebelum servis itu dapat diaktifkan.

Penampilan varian AMG Line lebih sporty dengan gril radiator, apron hadapan, kemasan hitam AMGdan lampu LED di belakang. Gaya itu ditingkatkan lagi dengan penggunaan rim aloi ringan lima jejari AMG bersaiz 18 inci.

Ruang kabin C 200 Coupé hadir dengan upholsteri kulit ARTICO, stereng dibalut kulit Nappa, paddle shifter, pedal sports dan karpet lantai AMG.

C 200 Coupé AMG Line ditawarkan pada harga RM336,129 seunit. Menerusi pelan pembiayaan Agility Financing, anda hanya perlu membayar RM4,288 sebulan.

GALERI

Google ads
Back to top button