
CHERY JALIN KERJASAMA DENGAN CATL BANGUNKAN TEKNOLOGI TENAGA BAHARU
Chery Group baru-baru ini telah menandatangani perjanjian rangka kerja kerjasama strategik dengan Contemporary Amperex Technology Co., Limited. (CATL) bagi menjalankan kerjasama menyeluruh dalam pelbagai bidang seperti produk, perdagangan, promosi pasaran dan sumber maklumat komersial.
Selain pembekalan bateri dan kerjasama teknikal dalam bidang kenderaan penumpang, kedua-dua pihak berhasrat untuk menjalankan penerokaan bersama dalam bidang pengangkutan awam dan integrasi teknologi EIC tenaga baharu. Selain pertukaran bateri untuk bas, kenderaan logistik, trak berat dan kapal elektrik, ke arah meningkatkan dan menerajui pembangunan industri automotif.
CATL, pengeluar bateri litium-ion terbesar di dunia untuk EV menumpukan pada penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan bateri traction dan sistem penyimpanan tenaga untuk kenderaan tenaga baharu (NEV). Ia kekal komited untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi aplikasi tenaga baharu global.
Di peringkat global, CATL telah membekalkan bateri traction kepada banyak pengeluar kenderaan terulung dan menduduki tempat pertama selama lima tahun berturut-turut.

Chery mencatat kemajuan penting dalam bidang teras seperti teknologi EIC dan teknologi ringan. Chery telah memohon lebih 900 paten tenaga baharu dan memperoleh lebih 600 paten setakat ini, menduduki tempat pertama dalam kalangan pengeluar kenderaan China dan ketiga di peringkat global.
Chery telah membentuk pelan pembangunan teknologi ‘457’ yang melibatkan empat platform trenkuasa kenderaan, lima subsistem umum dan tujuh teknologi teras, meliputi sedan dari segmen A hingga C dan SUV dari segmen B hingga D, merangkumi kuasa elektrik, hibrid, extended-range, sel bahan api dan teknologi tenaga baharu yang lain.
Memandangkan pembangunan tenaga baharu menjadi trend global, industri automotif kini melalui fasa peralihan yang penting antara peringkat tradisional dan inovatif. Chery mendahului dalam menceburi bidang tenaga baharu berkelajuan tinggi ini dan membuka lembaran pembangunan baharu.
Dalam 10 bulan pertama 2022, Chery telah menjual lebih 210,000 unit kenderaan tenaga baharu (+182% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya), jauh mengatasi kadar pengembangan industri keseluruhan.









