Buletin

KERETA JENAZAH BMW M5 TOURING – 500HP, CARA PANTAS JUMPA TOK ADI

Seperti yang kita boleh lihat, reka bentuk kereta ini begitu aneh. Sekali pandang, ia kelihatan seperti makhluk asing. Paling menonjol sekali pastilah reka bentuk di bahagian belakang.

Ya, mata anda tidak silap kerana ia merupakan sebuah kereta jenazah yang dibina berasaskan model BMW M5. Kereta jenazah BMW M5 Shooting Brake Coupe yang ditemui di Athens, Greece itu hadir dalam bentuk Touring lima pintu.

Kereta jenazah tersebut mengekalkan panel badan asal sehingga ke tiang B, tetapi di bahagian belakangnya, ia menampilkan rekaan tingkap, bumbung lebih tinggi, jarak roda serta bahagian belakang yang jelas lebih panjang.

Selain bampar hadapan, sirip sisi, cermin dan roda aloi 19-inci berbilang jejari, bampar belakang juga membuatkan ia kelihatan seperti M5 tulen.

Bahagian dalaman bagaimanapun masih menjadi tanya kerana semua tingkap digelapkan, tetapi apa yang pasti adalah ia semestinya lebih luas.

Jika asasnya memang diperolehi daripada BMW M5 E60, bermakna kereta jenazah ini dikuasakan oleh enjin 5.0 liter V10 aspirasi semula jadi yang mampu menghasilkan 500hp dan tork 520Nm.

Sedan M5 mempunyai kemampuan memecut dari 0-100 km/j dalam 4.4 saat. Namun, setelah diubah suai menjadi kereta jenazah, ia berkemungkinan sedikit perlahan disebabkan peningkatan berat serta aerodinamik yang teruk.

Tetapi, tidak banyak kereta jenazah akan dapat mengatasinya di lebuh raya. Dari segi pengendalian, ia akan bergoyang dengan teruk apabila dipandu dalam kelajuan maksima, tetapi tiada orang yang waras akan membawanya ke trek.

Google ads
Back to top button