Buletin

CARDO PACKTALK CUSTOM BLUETOOTH MUNCUL DENGAN CIRI TERKINI – HARGA SERENDAH RM13.99 SEBULAN

Cardo Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Cardo Packtalk Custom Bluetooth yang kini boleh dimiliki pada harga RM999 dan hadir dengan waranti selama dua tahun.

Tersedia dalam tiga pakej, Silver, Gold dan Platinum, pelanggan boleh melanggan pakej Silver serendah RM13.99 sebulan atau RM92.99 setahun.

Bagi pakej Silver, antara keistimewaanya adalah ia membolehkan pengguna berkongsi muzik dengan komunikator Cardo yang lain, tiga profil audio serta panggilan cepat.

Untuk ciri dipertingkatkan, pelanggan boleh melanggan pakej Gold iaitu berharga RM22.99 sebulan atau RM139.99 setahun.

Pakej Gold menawarkan ciri intercom, Bluetooth universal, sambungan peranti kedua seperti GPS, skrin TFT-LCD atau telefon pintar.

Masih belum cukup?

Dengan hanya RM32.99 sebulan atau RM184.99 setahun, pelanggan bakal menikmati pakej Platinum dengan ciri-ciri lebih menarik berbanding dua pakej sebelumnya.

Cardo Custom Platinum didatangkan dengan ciri tambahan seperti Voice Command serta Eco Mode.

Sebagai komunikator Mesh generasi kedua, Packtalk Custom membolehkan ketersambungan sehingga 15 penunggang pada jarak sehingga 1.6km.

Untuk rekod, Cardo Packtalk Custom adalah kalis air termasuk menawarkan kemas kini over-the-air dan pengecasan pantas.

Packtalk Custom juga menggantikan pembesar suara HD 40mm dan bukannya unit JBL seperti terdapat dalam Packtalk Slim, Packtalk Neo Duo atau Packtalk Edge.

GALERI:

Google ads
Back to top button