Buletin

TOYOTA YARIS IMP DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, 106HP, HARGA BERMULA RM88K

UMW Toyota Motor baru-baru ini memperkenalkan dua varian Toyota Yaris versi facelift atau digelar sebagai Yaris IMP.

Tampil dengan reka bentuk lebih segar, kedua-dua varian menerima bampar hadapan dan belakang lebih sporty, pilihan warna dua tona dengan bumbung hitam.

Bagi pilihan warna, model facelift ini didatangkan dengan warna Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl (boleh didapati dalam versi satu atau dua tona) sementara, Silver Metallicatersedia dalam satu tona.

Menjengah ke dalam kabin, ia dilengkapi skrin infotainment berukuran 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles, port USB Type-C serta rekaan fabrik yang lebih menonjol.

Untuk varian teratas, Varian 1.5G didatangkan dengan roda stereng balutan kulit lembut, ciri paddle shifter, tag RFID, serta sensor parkir hadapan dan belakang.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi dengan tujuh beg udara, 3D Panoramic View Monitor dan Toyota Safety Sense, merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision System, Lane Departure Alert, Blind Spot Monitoring serta Rear Cross Traffic Alert.

Dari segi kuasa, Yaris IMP dikuasakan enjin 2NR-FE 1.5-liter empat silinder Dual VVT-I, berupaya menghasilkan 106hp pada 6,000rpm dan 140Nm pada 4,200rpm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi CVT dengan fungsi Sport Sequential Shiftmatic tujuh kelajuan yang memacu roda hadapan.

Yaris IMP boleh dimiliki pada harga bermula dari RM88,000 untuk 1.5E dan RM91,600 untuk 1.5G. Ia didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI:

Google ads
Back to top button