
CASTROL DAN COVE CIRCUIT PERKENAL KEMPEN TINGKATKAN KESEDARAN PENJAGAAN ENJIN
Castrol Malaysia melancarkan sebuah inisiatif peringkat nasional bagi mendidik dan memberi inspirasi kepada pemandu serta penunggang baharu tentang kepentingan minyak enjin terhadap prestasi serta ketahanan kenderaan.
Minyak enjin sering dianggap sebagai ‘nadi’ kenderaan, berfungsi melindungi komponen enjin, memastikan operasi lancar dan mengelakkan kerosakan yang memakan kos tinggi.
Namun, ramai pemandu muda tidak menyedari bahawa pemilihan minyak enjin yang tepat amat penting. Kesilapan memilih jenis minyak boleh menjejaskan perlindungan enjin, mengurangkan kecekapan bahan api dan memendekkan jangka hayat kenderaan.
Bagi membentuk tabiat penyelenggaraan yang bijak, Castrol Malaysia bekerjasama dengan Cove Circuit menerusi siri jelajah universiti Unleashed Youth Simracing Championship di sekitar Lembah Klang.

Melalui kempen ini, pelajar diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang menonjolkan kelebihan minyak enjin Castrol EDGE, termasuk peningkatan prestasi sehingga 30 peratus dari segi kuasa, pecutan dan ketahanan enjin.
Menurut Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong, kempen ini adalah sebahagian daripada usaha membentuk generasi pemandu masa depan yang lebih bertanggungjawab.
“Dengan gabungan pendekatan praktikal dan teknologi minyak enjin berprestasi tinggi, kami mahu anak muda lebih berpengetahuan dalam penjagaan kenderaan serta menghargai inovasi dan prestasi,” katanya.
Kemuncak jelajah ini adalah Unleashed Youth Simracing Championship 2025, anjuran Cove Circuit dengan tajaan Castrol Malaysia.

Kejohanan ini memberi tumpuan kepada bakat muda dalam arena perlumbaan maya, di samping membina komuniti peminat sukan permotoran yang inklusif.
Hanya peserta berumur 18 hingga 24 tahun layak bertanding untuk mara ke peringkat akhir. Pendaftaran percuma dibuka di kampus terpilih seperti Sunway University, SEGI University, Asia Pacific University (APU), Management & Science University (MSU) dan Cyberjaya University, manakala pendaftaran atas talian dikenakan bayaran RM10.
Pusingan kelayakan berlangsung pada 2–3 Ogos di Cove Circuit Cyberjaya, diikuti 9–10 Ogos di Cove Circuit Bandar Sunway.
Kelayakan khas wanita pula diadakan pada 15 Ogos di Sunway Pyramid. Separuh akhir dijadualkan pada 16 Ogos dan pusingan akhir pada 17 Ogos di Orange Concourse, Sunway Pyramid, dengan hadiah wang tunai RM20,000 untuk kategori lelaki dan RM10,000 bagi kategori wanita.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi kejohanan: www.unleashedsimracing.com.
- BACA: HYUNDAI MOTOR MALAYSIA UMUM KERJASAMA RASMI DENGAN SELANGOR FC UNTUK MUSIM 25/26
- BACA: XPENG P7 SERBA BAHARU TERIMA 10,000 TEMPAHAN DALAM MASA HANYA 6 MINIT 37 SAAT
- BACA: RASMI: YADEA VELAX SKUTER EV TERBARU DI MALAYSIA – HANYA RM4,699 SELEPAS REBAT
- BACA: MODIFIKASI UNIK GARAGE TOPSPEED – DARIPADA G350 KE W460




