Buletin

HYUNDAI MOTOR MALAYSIA UMUM KERJASAMA RASMI DENGAN SELANGOR FC UNTUK MUSIM 25/26

Aksi Liga Super Malaysia musim baharu dimulakan dengan khabar gembira buat penyokong Merah Kuning apabila Hyundai Motor Malaysia mengumumkan kerjasama rasmi bersama Selangor FC selaku Official Mobility Partner bagi musim 2025-2026.

Kerjasama ini bukan sekadar penajaan, malah menjadi bukti komitmen Hyundai untuk mendekati peminat bola sepak tempatan.

Selangor FC, antara kelab paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak negara, kini bakal mendapat sokongan penuh daripada jenama automotif global itu, sama ada di gelanggang mahupun menerusi pelbagai inisiatif komuniti.

Perasmian kerjasama ini bertepatan dengan sepak mula musim Liga Super, sekali gus menjadikan perlawanan pembukaan musim sebagai pentas simbolik permulaan hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

Hyundai Motor Malaysia percaya, gabungan semangat juang pasukan Merah Kuning dan inovasi mobiliti mereka akan mencetus inspirasi baharu dalam arena sukan tanah air.

Google ads
Back to top button