Motosikal

KTM 1290 SUPERDUKE GT

KTM bakal melancarkan model sports touringnya 1290 Super Duke GT di Majorca, Sepanyol hujung minggu ini.

SDGT_2

Model GT baharu itu menggunakan platform enjin  LC8 sama seperti Super Duke R dan Super Adventure. Motor fly-by-wire yang dimodifikasi menghasilkan kuasa 173bhp, sama dengan Super Duke R. Tork pula ialah 106ftlb.

Kawalan kuasa dibantu oleh barisan elektronik pintar termasuk traction control, cornering ABS dan suspensi semi aktif WP sebagai standard. Pihak KTM turut menawarkan tiga mod tunggangan iaitu sport, street dan rain bagi menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan.

SDGT_1

Kapasiti tangki 23 liter, skrin yang boleh dilaras secara manual dan posisi tunggangan santai menyumbang kepada keselesaan untuk perjalanan jauh.

Tambahan peralatan standard lain ialah hendal ciri dengan pemanas,  cruise control, quickshifter dan sensor tekanan tayar.

KTM 1290 Super Duke GT dilengkapi gabungan indikator dan lampu LED adaptif membelok. Jadi,  tahap pencahayaan bergantung kepada sudut baringan jentera.

SDGT_6

Bahagian subframe pula telah diperkukuh dengan mengambil kira berat tambahan bagasi dan penumpang. Dianggarkan harga model tersebut sekitar £15,999 (RM93,000) seunit. Untuk perincian penuh, tunggu sehingga pelancarannya hujung minggu ini.

Sumber:MCN

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button