
CHERY TIGGO 7 – JUALAN AMAL CHERY. ADA UNTUNG KE NI?
Kenaikan harga bahan bakar bagi kenderaan perdagangan mulai memberi kesan domino kepada harga barangan keperluan pengguna. Ini menyebabkan ramai pengguna mulai berkira-kira apabila hendak membeli barangan keperluan harian termasuklah kenderaan.
Walaupun wujud kemudahan pengangkutan awam, namun bagi memudahkan urusan harian termasuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan menggerakkan ekonomi dalam negara, fungsi dan peranan kenderaan persendirian tidak boleh dinafikan.
Apa yang pengguna mahukan ialah sebuah kenderaan mampu milik dengan nilai terbaik yang boleh dibelanjakan dengan selesa tanpa mengorbankan aspek lain dalam hidup.

Jika itu yang dimahukan, maka jawapan ringkas kami ialah anda mungkin perlu menilai semula apa yang ditawarkan oleh Chery Tiggo 7 Pro.
Jika dahulu Chery dikaitkan dengan produk murah dan biasa, namun model Tiggo 7 Pro adalah manifestasi Chery berkenaan rekaan premium dengan harga mesra poket.
Hala tuju Chery telah diubah menjadi rekaan jenama premium dengan pelantikan Hakan Saracoglu sebagai ketua reka bentuk Chery. Hakan sebelum ini memiliki pengalaman luas dengan Porsche dan pernah menghasilkan pelbagai model menarik seperti Boxster, 918 Spyder serta Cayman.
Rekaan jeriji depan menggunakan konsep Diamond Cut Geometric, nampak ringkas tetapi moden dan bergaya. Chery Tiggo 7 dilambakkan lagi dengan pelbagai ciri menarik seperti bampar depan seakan SUV continental, lampu depan LED dan “welcome lamp” di bahagian sisi.

Paling menarik ialah keupayaan enjin 1,600cc 4 silinder turbo. Ia bukan sahaja beroperasi dengan lebih lancar berbanding enjin 3 silinder, malah mampu menjana sehingga 197 kuasa kuda dan tork setinggi 290Nm.
Enjin ini digandingkan dengan transmisi 7 kelajuan klac berkembar, dihasilkan oleh sendiri oleh Chery secara “in-house”. Ini jelas membuktikan keupayaan Chery dalam bidang kejuruteraan.
Sebagai perspektif dan perbandingan, angka ini tidak jauh daripada angka yang dihasilkan oleh sedan sport buatan Jerman yang dijual dengan harga lebih mahal. Sebagai bonus, anda juga tidak perlu sakit kepala dengan kos pemilikan kerana harga cukai jalan Tiggo 7 Pro hanyalah sekitar RM120 setahun.

Penawaran nilai yang berbaloi dibuktikan lagi dengan beberapa ciri moden mewah di bahagian kabin. Antaranya ialah skrin sebesar 24.6 inci, tempat duduk berkuasa elektrik dengan ciri penyejukan dan 64 tetapan cahaya untuk lampu LED kabin. Bagi pengguna yang sofistikated, Tiggo 7 Pro diberikan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Penggunaan bateri yang tinggi untuk telefon yang disambung dengan sistem tanpa wayar tidak menjadi isu dengan Tiggo 7 Pro kerana anda boleh mengecas telefon pintar anda dengan menggunakan pengecas tanpa wayar. Ia menawarkan kuasa sehingga 50watt, mampu mengeces sehingga penuh dalam masa 35 minit.
Bumbung kaca panaromik pula menawarkan pengalaman pemanduan bagaikan anda menaiki sebuah kereta sport convertible, dengan keselesaan sebuah SUV. Rasai desiran angin melalui telinga dan rambut anda apabila bumbung kaca ini dibuka dan direka untuk beroperasi dengan senyap walaupun dipandu laju.

Anda juga boleh menikmati sistem bunyi yang dihasilkan 8 pembesar suara Sony Audio Premium yang diposisikan di sekeliling kabin bagi menghasilkan kualiti bunyi yang jelas.
Apa yang menarik ialah pembesar suara ini diintegrasikan dengan Dynamic Ambient Light. Maksudnya, ia boleh mengubah warna dan bermain dengan durasi serta pencahayaan lampu kabin bagi memberikan suasana pemanduan yang lebih mengujakan.
Dengan jarak kelegaan permukaan jalan mencecah 175mm, Tiggo 7 Pro berupaya meredah laluan offroad ringan dengan senang. Bagi membantu pemandu, SUV itu menawarkan ciri kamera panoramik 540 darjah termasuk di bahagian bawah kenderaan.

Dengan meletakkan kamera dan menggabungkan imej, pemandu boleh melihat di bahagian bawah kenderaan ketika melakukan aktiviti off-road ringan dan mengelakkan halangan yang berbahaya.
Chery Tiggo 7 Pro yang ditawarkan dengan harga RM119,800 sebagai harga pengenalan istimewa untuk 2000 pembeli terawal, sangat berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan untuk sebuah SUV premium. Lihat sahaja pada rekaan dalaman yang mewah dan prestasi yang menghampiri sebuah sedan sport, ia berbaloi dengan nilai wang anda