Buletin

CHEVROLET COLORADO SPORT & CRUZE SPORT

NAZA Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) baru-baru ini telah melancarkan varian  Chevrolet Colorado Sport dan Cruze Sport.

130903_OL CS3_Chevrolet_Cruze_Sport Edition_Leaflet_Outside

Bakal dipamerkan di  One Utama Auto Fair mulai 2 hingga 6 Disember 2015, kedua-dua varian ini kini sudah dibuka untuk tempahan.

Tawaran ini tambah menarik kerana Chevrolet menawarkan rebat tunai sebanyak RM12,500 untuk Cruze Sport dan RM6,000 bagi Colorado Sport.

Chevrolet-Colorado-Sport-mekanika  (6)

Chevrolet Colorado Sport dibina berasaskan kepada model Colorado LTZ Muscle. Ia dilengkapi enjin empat silinder DOHC Duramax 2.8L yang mampu menjana kuasa 200PS @ 3,600rpm tork setinggi 500Nm @ 2,000rpm. Ini menjadikan Colorado Sport trak pikap paling berkuasa dalam kelasnya.

Edisi naik taraf Colorado Sport hadir dengan gayaan rugged dan aerodinamik. Ia merangkumi pelindung bampar hadapan, fender sisi, visor pintu, bar olengan di belakang dan rim bersaiz 18 inci.

Bahagian kabin tampil mewah dengan tempat duduk dan kemasan pintu dibalut kulit serta kamera undur. Lebih menarik lagi, varian baharu ini dipasang dengan suspensi boleh laras sepenuhnya. Suspensi sports itu menawarkan pengendalian mantap dan penampilan lebih agresif.

Chevrolet Colorado Sport boleh anda miliki pada harga RM138,967 (di atas jalan termasuk insurans dan cukai jalan). Ia turut hadir bersama pakej jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Chevrolet-Cruze-Sport-mekanika  (4)

Varian Cruze Sport pula tampil dengan reka bentuk lebih bergaya dan kemas. Sedan ini menerima fascia hadapan yang baru, bodykit aerodinamik, visor pintu dan rim aloi.

Empat duduknya kini dibalut kulit. Iadipasang dengan plat pintu LED dan perehat kaki. Cruze Sport juga menawarkan prestasi lebih baik dengan talaan pendikit dan penapis udara tahan karat.

Cruze Sport digerakkan oleh enjin 1.8L Ecotec DCVCP berkuasa 140PS dan tork 167Nm.

Chevrolet-Cruze-Sport-mekanika  (1)

Harga Cruze Sport ialah RM122,868 seunit 967 (di atas jalan termasuk insurans dan cukai jalan). Ia didatangkan dengan pakej jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

Chevrolet ialah penaja rasmi pasukan Manchester United. Jadi, pelanggan yang mendaftar mana-mana model Chevrolet mulai sekarang hingga 10 Disember 2015 layak mengambil bahagian dalam peraduan ‘Manchester United For Live’.

Chevrolet-Cruze-Sport-mekanika  (2)

Hadiah utamanya ialah peluang menonton perlawanan di antara Manchester United vs. Chelsea di stadium Old Trafford pada 28 Disember 2015. Hadiah itu meliputi dua tiket penerbangan dan penginapan selama 5 hari 4 malam.

Google ads
Back to top button