Buletin

CHINA BAKAL POTONG TARIF DUTI KERETA IMPORT. MAHU PASARAN LEBIH TERBUKA

China adalah antara negara yang tidak mengamalkan dasar terbuka ekonomi sejak Perang Dunia Kedua. Namun apabila mereka mula memberi akses kepada pelaburan luar, sektor yang berkembang sangat pesat ialah automotif.

Walaupun dengan pelbagai “sekatan” dan juga polisi yang menyusahkan pelabur, pasaran China tetap menjadi tumpuan pengeluar utama dunia. Hari ini, pasaran automotif China adalah terbesar di dunia dengan lebih 25 juta kenderaan didaftarkan setiap tahun.

Permintaan terhadap kereta mewah jenama luar juga meningkat dengan mendadak, seiring dengan kelahiran jutawan perniagaan setiap hari di China.

Menyedari polisi duti import yang tidak lagi relevan, kerajaan China dilaporkan sedang dalam pertimbangan mengurangkan duti import lebih separuh, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg .

Menurut sumber, levi import ini akan dikurangkan dari 10 hingga 15 peratus dari kadar semasa 25 peratus. Tindakan ini dijangka akan merancakkan jualan jenama premium seperti BMW, Lexus dan Porsche.

Pengumuman rasmi ini dijangka akan dibuat dalam bulan hadapan.

Secara teorinya, tarif yang lebih rendah memberi manfaat kepada jenama premium untuk bersaing dengan pasaran tempatan. Tindakan ini dilihat seiring dengan polisi China moden yang lebih terbuka. 

Beberapa minggu lalu, China mengumumkan mereka membenarkan syarikat automotif luar memiliki lebih 50 peratus pegangan saham bersama gandingan syarikat tempatan untuk memberi akses lebih baik.

 

 

Google ads
Back to top button