
YOHE HELMETS MENDARAT DI MALAYSIA – SERENDAH RM319
Hodaka Motorworld dengan rasminya memperkenalkan jenama YOHE HELMETS untuk pasaran tempatan.
Meskipun jenama itu dianggap baru di Malaysia namun YOHE merupakan pengeluar helmet terbesar dunia sejak penubuhan pada 1993 dan merupakan OEM bagi beberapa jenama helmet terkemuka lain.

Untuk rekod, YOHE memiliki lebih 120 acuan helmet dan menghasilkan hampir empat juta helmet setahun.
Sebagai pengeluar terbesar dunia, YOHE juga memastikan setiap helmet mencapai piawaian antarabangsa termasuk ECE, DOT, NBR, JIS serta CCC.

Menariknya, YOHE turut memiliki model yang mencapai standard FIM FRHPhe-01 yang melayakkan helmet tersebut digunakan di pentas perlumbaan antarabangsa seperti MotoGP dan WorldSBK.
Bagi pasaran tempatan, YOHE menawarkan empat model baharu yang terdiri dari 868-2, 886, P4 dan FG102SV. Berikut senarai model dan harga:
- 868-2 – RM319 (solid), RM339 (grafik)
- 886 – RM339 (solid), RM379 (grafik)
- P4 – RM439 (solid), RM479 (grafik)
- FG102SV – RM1,199 (karbon)

Untuk rekod, kesemua model di atas mencapai piawaian ECE22.06 terbaru dengan bahagian padding boleh ditinggalkan untuk dibasuh. Menariknya kesemua model juga didatangkan dengan sun visor agar pengguna berasa lebih selesa sewaktu menunggang dalam cuaca panas.
GALERI: YOHE HELMETS















