Buletin

CHINA HARAMKAN 553 BUAH MODEL KERETA BERMULA HARI INI 01.01.2018

Kemajuan teknologi selalunya hadir dengan pengorbanan. Yang jadi mangsa selalunya ialah alam sekitar. Penipisan lapisan ozon pada 90-an merupakan kesedaran tertinggi tentang perlepasan gas berbahaya ke udara. 

Maka lahirlah protokol Kyoto dan pelbagai peraturan mula digubal untuk memastikan pencemaran udara terkawal. Kesedaran terhadap alam sekitar ini mula memuncak dan di seluruh dunia, hampir setiap negara memberi insentif terhadap kereta-kereta hijau yang bersih. 

BACA: KERETA BISU DARI CHINA

China, pasaran kereta terbesar di dunia hari ini memperlihatkan satu perkembangan positif. Tepat jam 12 tengah malam tadi, China Vehicle Technology Service Center mengharamkan 553 buah model kereta yang terlalu tercemar mengikut kajian mereka.

Mereka memberi senarai lengkap model-model yang terlibat keluaran kumpulan Volkswagen, General Motors dan Mercedes Daimler-Benz. 

Ini adalah arahan yang dikeluarkan pertama kali oleh China. Pakar-pakar autmotif melihat, ia adalah tindakan awal yang bakal menyaksikan lebih banyak kenderaan bakal diharamkan di negara tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan Bloomberg, walaupun jumlah 553 adalah kecil, pengarah Persatuan Kereta Penumpang China memberitahu ia adalah persediaan terhadap polisi yang lebih ketat.

Pada 2019, pengeluar di China perlu mematuhi standard baru. Mereka mesti menghasilkan plug-in hybrid dan kenderaan electrik sehingga 10 peratus dari jualan keseluruhan tahunan.

 

 
 
Google ads
Back to top button