Artikel Pilihan

CIRI-CIRI PEMANDU KEDEKUT – MACAM HAJI BAKHIL DAPAT STERENG

Memandu kereta atau menunggang motosikal ataupun segala jenis kenderaan lain kadang-kadang sangat menyeronokkan. Ia juga boleh diibaratkan sebagai terapi untuk penggemar kenderaan macam kami ni. Tapi bila dah jumpa macam-macam pemandu di atas jalan ni rupanya di negara kita memang terbukti ramai pemandu yang kedekut dan sangat tidak bertimbang rasa.

Sikap kedekut dan mementingkan diri sendiri ini memang tidak patut ada dalam jiwa setiap pemandu. Kepada yang Islam tu ingat la sikit. Islam ni bukan setakat solat dan puasa je. Akhlak atas jalan pun kena juga jaga bang. #donedakwah

Mari kita senaraikan ciri-ciri pemandu yang dikategorikan sebagai kedekut di atas jalan raya.

  1. Kedekut lampu

Ini memang sahih kedekut tapi ada juga yang memang nyanyuk ataupun lalai. Punca paling utama ialah nyalaan lampu automatik pada bahagian paparan meter dan papan pemuka. Masuk kereta hidupkan enjin terus jalan. Silap-silap sampai ke destinasi pun masih lagi tak sedar lampu tak dipasang.

Satu lagi bangsa ialah jenis keluar pagi pukul 7.00 dah tak nak pasang lampu walaupun cuaca masih lagi gelap. Dasar kedekut. Macam la TNB akan hantar bil kalau pasang lampu lama sikit.

  • Kedekut signal

Ini memang dah menjadi barah kat Malaysia ni. Ada yang haram tak nak guna signal dan ada yang bagi signal pada saat akhir. Lagi sakit hati kalau dia brek dulu tengah-tengah jalan lepas tu baru bagi signal. Kereta apa yang korang rasa paling popular dalam kategori ni?

  • Kedekut beri laluan

Spesis ni memang ada masalah dalaman. Spesis paling ramai di waktu pagi ataupun di waktu-waktu puncak. Kalau nak tengok sangat pergi je depan mana-mana sekolah. Pemandu spesis ni memang kedekut betul nak beri laluan. Dengan sadisnya mereka akan menekan minyak walaupun dah terang-terang nampak pelajar sekolah nak lintas jalan. Kalau korang ada kat Kota Bahru, pergi je depan sekolah SMK Tanjung Mas. Spesis ni ramai lalu situ pagi-pagi. Kalau jauh sangat tengok je depan sekolah anak-anak korang tu.

Ada juga yang kedekut bagi laluan kepada kenderaan lain hatta untuk ambulan sekali pun. Pernah tengok kan? Itu memang satu sen pun tarak guna.

  • Kedekut kesabaran

Orang lain beratur elok-elok datang dia dengan selamba je nak mencilok masuk depan orang. Kalau sakit perut sangat pun sabarlah. Ada yang acah-acah sopan bagi signal siap angkat tangan tapi ramai je yang buat muka kerek macam beruang kena ekor. Bonus sakit hati makin bertambah bila pemandu depan kita dengan murah hatinya memberikan jalan penuh ikhlas. Betul la awak tu pemurah tapi tindakan itu macam menggalakkan orang memotong barisan.

  • Kedekut senyuman/terima kasih

Ini benda kecil je tapi memang melambangkan mentaliti korang. Pernah tak korang berselisih dengan kenderaan lain kat jalan kampung ataupun perumahan? Lepas kita bagi jalan dengan selambanya dia belah macam tu je tanpa angkat tangan ataupun bagi isyarat lampu ke tanda terima kasih. Lagi best kalau dia belah sambil tekan minyak kuat-kuat.

  • Kedekut tekan minyak

Ini pun kira isu kecil tapi kalau kena depan kita bulih berasap juga kepala oo. Bayangkan anda tengah ada temujanji dengan awek ataupun urusan bisnes tiba ada kereta keluar simpang dan masuk ke laluan anda. Sebagai seorang yang baik hati mestilah kita bagi laluan. Tapi bila dah ada depan kita, terus dia merayap dengan kelajuan 0.01 km/j macam nak makan angin dengan beca kat bandar Melaka. Pedihnya hati bagai ditusuk sembilu.

  • Kedekut punya member

Okey yang ni istimewa sikit. Dia kategori pemandu kedekut juga tapi tak ada kenderaan sendiri. Penyelesaiannya ialah dengan pinjam kenderaan ataupun motor kita. Biasanya kalau pinjam motor atau kereta kawan berlakon la sikit buat-buat nak bayar sewa ke? Tak pun belanja makan roti cania ke? Ini tak, dah la dilenjannya cukup-cukup, petrol pun dibelasahnya sampai hampir kering sebelum dipulangkan balik. Ini memang hantu punya member.

Harap-harap kita semua tak termasuk dalam golongan kedekut macam ni. Pemanduan akan menjadi lebih menyeronokan kalau kita bertolak ansur.

Google ads
Back to top button