Buletin

HON TAK KENA TEMPAT DAN MASA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM107K!

Pemandu di Britain kini boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348) sekiranya mereka membunyikan hon di kawasan yang tidak sesuai, lapor akhbar Daily Star.

Pemandu yang membunyikan hon dengan cuai semasa berada dalam kesesakan lalu lintas akan didenda sebanyak £30 (RM161). Jika melakukannya secara berterusan, mereka akan dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,367).

Denda baharu itu ditetapkan mengikut peraturan 112 Kod Lebuhraya. Sekiranya membunyikan hon di premis-premis komersial, pemandu boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348).

“Hon hanya boleh digunakan apabila kenderaan anda bergerak, tetapi mahu memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain tentang kehadiran anda. Jangan sesekali membunyikan hon anda secara agresif. 

“Anda tidak boleh mengguna hon semasa tidak memandu di jalan raya atau di kawasan bangunan antara 11.30 malam hingga 7 pagi (waktu tempatan) kecuali pengguna jalan raya lain mendatangkan bahaya,” demikian menurut undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, majlis perbandaran dilaporkan boleh mengenakan denda jika pemandu melakukan kesalahan kecil bermula akhir bulan ini. 

Majlis tempatan yang sama kini mempunyai kuasa untuk mendenda pemandu yang membunyikan hon secara berlebihan di bawah undang-undang pencemaran bunyi. – Agensi

Google ads
Back to top button