Buletin

CIRI CRASH DETECTION IPHONE 14 HUBUNGI 911 ATAS ROLLERCOASTER

Peranti pintar terbaharu daripada Apple, iPhone 14 membawakan ciri Crash Detection di mana ia secara automatik akan menghubungi pihak berkuasa sekiranya ia mengesan pemiliknya berada di dalam kejadian yang tidak diingini, seperti kemalangan.

Terdapat laporan daripada Wall Street Journal mendedahkan ciri tersebut mungkin terlalu sensitif, di mana terdapat beberapa insiden pusat panggilan 911 dihubungi oleh Crash Detection hanya disebabkan oleh pemiliknya menaiki rollercoaster di Ohio dan Illinois.

Secara keseluruhan, terdapat enam kali pihak 911 dihubungi dari taman hiburan Kings Island, Ohio sementara satu panggilan pula dikesan dari Six Flags Great America, Illinois.

Dalam satu kes yang berbeza, seorang penunggang motosikal sedang menunggang di New York City apabila peranti iPhone 14 Pro Max-nya terjatuh dari bar hendal ke atas jalan.

Disebabkan kesan hentakan yang cukup kuat, pemilik tersebut beranggapan peranti pintarnya mungkin telah rosak, dan membuat keputusan untuk mendapatkan telefon baharu.

Namun, beliau mengetahui peranti pintar miliknya itu telah menghantar mesej SOS kepada senarai kontak kecemasannya berbunyi: “Crash Detected SOS: Douglas Sonders called emergency services from this approximate location after iPhone detected a crash. You’re receiving this message because Douglas has you listed as an emergency contact.”

Mesej SOS itu turut menghantar peta lokasi sebenar ‘kejadian kemalangan’ tersebut kepada senarai kontak kecemasan.

Wakil jurucakap Apple menjelaskan pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki ciri ini dari masa ke semasa. – Wall Street Journal

Google ads
Back to top button