Buletin

WANITA TERLIBAT KEMALANGAN, CRASH DETECTION JADI PENYELAMAT

Seorang wanita baru-baru ini terselamat setelah iPhone 14 miliknya mengesan kejadian kemalangan dan menelefon talian kecemasan.

Menerusi foto yang disiarkan di laman Twitter, motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

iPhone 14 membawakan ciri Crash Detection di mana ia secara automatik akan menghubungi pihak berkuasa sekiranya ia mengesan pemilik mengalami kemalangan.

Selain itu, mesej SOS itu turut menghantar peta lokasi sebenar ‘kejadian kemalangan’ tersebut kepada senarai kontak kecemasan.

Menurut Apple, “ia direka bentuk untuk mengesan kemalangan yang teruk seperti hentaman hadapan, hentaman sisi, perlanggaran bahagian belakang serta terbalik.”

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna Twitter berpendapat bahawa ciri tersebut patut diaktifkan di peranti pintar.

“Saya pengguna iPhone 14, abang saya dapat emergency sms semasa kemalangan terjadi ketika bercuti bersama keluarga,” komen pengguna Twitter.

Komen lain, “rasanya semua phone ada feature ni. Aku dulu Samsung terlepas dari tangan terus dia mesej gambar ke emergency number.” – Twitter Fazli Halim

Google ads
Back to top button