Buletin

CMF BUDS PRO 2 TAMPIL LEBIH PADU – JANGKA HAYAT BATERI 43 JAM, HARGA RM299

Nothing turut memperkenalkan satu lagi produk baharu untuk pasaran Malaysia iaitu CMF Buds Pro 2, fon telinga canggih yang direka untuk meningkatkan pengalaman mendengar dengan ciri-ciri unggul.

Dengan Dial Pintar yang boleh disesuaikan, anda dapat mengawal setiap aspek bunyi dengan mudah dari hujung jari anda.

Dikuasakan oleh pemacu dwi yang menggabungkan pemacu bass 11mm dan tweeter 6mm, serta teknologi LDAC™ yang disahkan untuk Hi-Res Audio Wireless dan Dirac Opteo™, Buds Pro 2 memberikan bunyi HiFi mengasyikkan.

Nikmati kejelasan audio tanpa gangguan dengan Hybrid Active Noise Cancellation yang canggih sehingga 50dB dan julat frekuensi sehingga 5000 Hz.

Selain itu, ia turut dilengkapi 6 mikrofon HD melalui adanya Clear Voice Technology 2.0 serta Wind- Noise Reduction 2.0 untuk panggilan paling jelas dalam apa jua keadaan.

Bukan itu sahaja, iaitu CMF Buds Pro 2 juga menampilkan ciri-ciri seperti Spatial Audio Effect bagi memberikan landskap bunyi tiga dimensi.

Lebih menarik, CMF Buds Pro 2 menawarkan hayat bateri yang mengagumkan selama 43 jam keseluruhan dan pengecasan pantas selama 10 minit untuk 7 jam penggunaan.

CMF Buds Pro 2 kini boleh dimiliki pada tanda harga RM299 sahaja.

Google ads
Back to top button