
JAM PINTAR CMF WATCH PRO 2 DILANCARKAN – HARGA SERENDAH RM339
Selain CMF Phone 1, Nothing kini memperkenalkan satu lagi produk mereka iaitu jam pintar serba boleh, CMF Watch Pro 2.
CMF Pro 2 dilengkapi reka bentuk bezel yang boleh ditukar, paparan AMOLED berukuran 1.32-inci dengan resolusi tinggi, dan lebih daripada 100 muka jam boleh disesuaikan.

CMF Watch Pro 2 menyokong lebih daripada 120 mod sukan dan mampu mengenal pasti secara automatik 5 jenis sukan.
Ia juga menyediakan pemantauan sepanjang masa untuk kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO₂), serta tahap tekanan.
Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan Bluetooth, akses strim muzik, dan menggunakan ciri-ciri pintar seperti menerima notifikasi, mengawal kamera dari jauh, serta memeriksa ramalan cuaca.

Direka untuk menampung gaya hidup aktif, jam pintar ini mempunyai ketahanan air dan debu IP68 serta bateri yang mampu bertahan sehingga 11 hari.
Datang dalam dua veris, CMF Watch Pro 2 boleh dimiliki pada harga RM339, manakala CMF Watch Pro 2 – Set Bezel + Tali diberi tanda harga RM99.
GALERI:
- BACA: CMF PHONE 1 SERBA CANGGIH – KAMERA BELAKANG SONY 50MP, BATERI 5000MAH, HARGA RM1,099
- BACA: JARI-MATTI LATVALA SEKALI LAGI AKAN BERLUMBA DI RALLY FINLAND. KALI INI NAK PANDU TOYOTA GR YARIS RALLY2 PULA
- BACA: MODEL EV HONDA DAN SONY KONGSI PLATFORM YANG SAMA, LEBIH JIMAT KOS
- BACA: VICTORIA MOTORRAD HIDUP SEMULA DENGAN SIMPLEE V70 – 42HP, 53NM


