Buletin

PELAN “ETIQA AUTO ASSIST”, TUNDA KERETA PERCUMA DI SINGAPURA, THAI DAN BRUNEI JUGA!

Terdapat beberapa faktor perlu diberi perhatian apabila memilih pelan insurans motor. Dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor, harga akan mempengaruhi keputusan pelanggan. Namun, terdapat faktor lain yang tidak kurang pentingnya, seperti perkhidmatan selepas jualan, proses tuntutan yang pantas dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.


Mengambil kira faktor-faktor yang berkenaan, Etiqa telah memperkenalkan program Auto Assist yang telah diperbaharui, dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan.

Program ini menyediakan perkhidmatan tunda kereta sehingga 200km ke mana-mana bengkel panel Etiqa yang terdekat di dalam Malaysia, Singapura, Thailand, dan Brunei, juga pembayaran seratus peratus untuk bil tunda tanpa had perjalanan.

Program ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti perkhidmatan tanpa had bilangan setiap tahun serta menyediakan khidmat untuk mendapatkan teksi, tempahan hotel atau kereta sewa jika terjadi sebarang kerosakan kereta atau kemalangan.

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings Berhad, syarikat induk kepada Etiqa Insurans Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Etiqa Insurance Ltd di Singapura berkata pemandu selalunya akan berasa bingung apabila berlakunya kemalangan dan ia menjadi pengalaman yang menakutkan.

“Kami mempunya lebih 1.3 juta pelanggan di Malaysia dan 1.5 juta polisi insurans motor dan sijil Takaful motor. Kami ingin mengurangkan kebimbangan mereka setiap ketika dengan pelancaran program yang diperbaharui ini.”

Melalui program ini, Etiqa kini dapat dihubungi dengan mudah dengan menggunakan aplikasi telefon Auto Assist yang boleh didapati di iOS dan Android. Aplikasi baru ini membolehkan para pelanggan berhubung dengan pusat perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan bantuan kecemasan di jalan raya.

Tanpa perlu membuat panggilan, aplikasi ini dapat mengesan kordinasi GPS dan menghantar ke penyedia perkhidmatan yang akan membantu mempercepatkan bantuan ke tempat kejadian.

Setiap penyerahan kes kemalangan, laporan akan terus dihantar kepada Etiqa Claims Care yang akan membantu mempercepatkan proses tuntutan, jika ada.

BACA: AXA TAWAR INSURANS LEBIH MURAH

Kamaludin juga menambah, faktor lain yang harus diberi perhatian apabila membuat pembaharuan atau memilih insurans motor adalah kesediaan syarikat insurans untuk sentiasa membantu untuk menyelesaikan masalah tuntutan.

Etiqa merupakan salah satu syarikat yang mempunyai jabatan khusus untuk menjaga talian dan aplikasi whatapps Claims Care untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik. Kedua dua komunikasi ini diselenggara oleh kakitangan pengurusan tuntutan.

“Pasukan yang pernah memenangi beberapa anugerah ini komited untuk memastikan tuntutan akan diselesaikan dengan cepat. Etiqa mempunyai 453 bengkel panel di mana 33 daripadanya adalah gred premier dan lebih 300 panel pakar cermin di seluruh Malaysia dan kami komited untuk memberikan kelulusan dalam masa 30 minit untuk sesetengah tuntutan pembaikan selepas menerima resit.

Bukan itu sahaja, Etiqa memberikan satu tahun waranti atau 6,000km perjalanan untuk pembaikan di bawah panel bengkel,” kata Kamaludin.

“Selain daripada menawarkan pelbagai pelan perlindungan yang inovatif dengan kadar premium yang bergantung kepada profil risiko, automasi proses ‘back-end’ dan perkhidmatan pelanggan yang khusus, adalah merupakan kunci kelainan utama (key differentiator) yang ada pada Etiqa.” tambah beliau.

Tags
Google ads
Back to top button