Buletin

PORSCHE LANCAR TAYCAN – 750HP, HARGA BERMULA RM643K

Porsche akhirnya melancarkan pesaing Tesla Model S, Taycan. Kereta sports empat pintu elektrik sepenuhnya itu memiliki kuasa sehingga 750hp dan tork mencecah 1,050Nm.

Bagi mereka yang berhajat, Taycan ditawarkan dalam varian Turbo dan Turbo S. Varian kurang berkuasa dijangka diperkenalkan pada hujung tahun ini. Satu lagi varian dikatakan bakal menemui pengguna ialah Taycan Cross Turismo yang dijadual dilancar menjelang akhir tahun depan.

Sekali pandang, anda sudah tahu bahawa ini merupakan jentera Porsche. Bahagian hadapan yang lebar dan rata, garis bumbung sporty serta sisi berarca menyerlahkan DNA kenderaan jenama mewah tersebut.  

Porsche berjaya memberikan Taycan nilai pekali seretan hanya 0.22. Ini sekali gus membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan jarak perjalanannya.

Ciri kawalan bersepadu membolehkan Taycan menganalisi dan menselarikan semua sistem chasis dalam masa sebenar.

Ini merangkumi sistem suspensi udara adaptif dengan teknologi tiga chamber, kawalan peredam elektronik (Porsche Active Suspension Management), Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport) dan Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus).

Pemandu juga diberi pilihan beberapa mode pemanduan seperti Normal, Sport, Sport Plus dan Range. Hasilnya, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.0 saat dengan bantuan ciri Launch Control. Manakala pecutan maksimum yang dibenarkan kepada 260km/j.

Kuasa enjin dan bateri dihantar ke roda menerusi transmisi dua kelajuan yang dipasang pada gandar belakang. Gear pertama focus kepada pecutan, sementara gear kedua menawarkan nisbah lebih panjang untuk menjimatkan tenaga.

Pek bateri lithium-ion berkuasa 93.4 kWh boleh dicaj sebanyak 80 peratus dalam masa hanya 36 minit jika menggunakan pengecas pantas 150 kW DC.

Manakala penggunaan outlet 240 volt memerlukan 11 jam untuk dicaj penuh. Sekali caj penuh membolehkan anda bergerak sejauh 450km.

Dari segi harga pula, Taycan ditawarkan pada harga harga AS$153,310 (RM643,000) seunit.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button