Buletin

DAIHATSU GRAN MAX AT – SASAR JUALAN 50 UNIT SEBULAN DI MALAYSIA

Sebagaimana yang pernah kami laporkan sebelum ini, Daihatsu Malaysia sudahpun membuka tempahan untuk model terbaharunya, Gan Max yang dilengkapi transmisi automatik.

Harus tahu bahawa ia merupakan van panel pertama yang dipasang dengan kotak gear automatik empat kelajuan di pasaran tempatan. Sebelum ini, semua kenderaan komersial kecil lebih senang menggunakan transmisi manual.

Pengenalan model baharu itu adalah untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana yang dilihat semakin berkembang. Selain mahu memberi pilihan kepada golongan peniaga wanita yang lebih mahir menggunakan transmisi automatik.   

Daihatsu Malaysia mensasarkan untuk menjual 50 unit Gran Max AT dan menjangkakan kenaikan sebanyak 30 peratus jualannya.

Sebagai sebuah jentera yang kompak dan ringan, panel van Gran Max AT cukup sesuai untuk perniagaan runcit, katering, utiliti, keselamatan dan sebagainya. Mampu membawa muatan sehingga 2 tan, anda boleh mengharapkan jentera ini untuk memajukan lagi perniagaan sedia ada.

Gran Max AT dikuasakan oleh enjin DOHC VVT dengan pancitan bahan api elektrik (EFI) bersesaran 1.5 liter. Mampu menjana kuasa sehingga 71kW dan tork 134Nm pada 4,400 ia tetap menawarkan penjimatan bahan api.

Lebih menarik lagi, panel van ini menggunakan sistem pacuan roda belakang yang pastinya memberikan cengkaman lebih baik ketika mengangkut barang, terutama di atas permukaan jalan yang tidak sempurna.

Bagi memudahkan pengendalian, nisbah pusingannya adalah kecil iaitu 4.7 meter. Agihan kuasa daripada transmisi automatik itu juga membuatkan perjalanan di laluan sesak lebih tenang dan kurang memenatkan.

Dari segi keselamatan, Gran Max AT dilengkapi sistem brek anti kunci, dua beg udara SRS dan struktur badan monokok.

Biarpun model ini dipasang di kilang Astra Daihatsu Motor di Indonesia, pihak Daihatsu Jepun, Indonesia dan Malaysia bekerjasama dalam menjalankan kajian mendalam mengenai keperluan serta kehendak pengguna tempatan.

“Kami yakin pasaran Malaysia menawarkan potensi yang besar kepada Gan Max. Berdasarkan kepada statistilk, terdapat lebih 900,000 SME di Malaysia.

“Justeru, kami ingin meneroka segmen ini dan berbesar hati untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang dapat membantu perniagaan mengjangkau pelanggan masing-masing,” kata Pengarah Urusan Daihatsu Malaysia dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MBM Resources Berhad, Dr. Iqbal Shaharom.

Gran Max AT boleh anda miliki pada harga bermula RM69,888 seunit (tidak termasuk insurans). Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun dan perbatuan sejauh 100,000km. 100 orang pembeli terawal yang membuat tempahan sebelum 30 September 2018 akan menerima pakej penyelenggaraan percuma selama setahun.

Pasukan Daihatsu Mobile Service memberi perhidmatan servis berjadual di premis pelanggan. Antara servis yang disediakan ialah menukar tali sawat, pad brek, bateri, penyerap hentak, penggilap cermin dan bendalir brek. Caj yang dikenakan adalah mengikut standard harga di pusat servis.

cof

Buat masa sekarang, Daihatsu Mobile Service beroperasi di Lembah Klang dan Johor. Perkhidmatan ini akan dikembangkan ke kawasan lain tidak lama lagi.

Pelanggan juga boleh mengunjungi salah satu daripada 50  pusat servis sah Daihatsu di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-5510 9988 atau layari laman web: www.daihatsu.com.my atau emel ke: [email protected]

GALERI

Google ads
Back to top button