Artikel Pilihan

DAIHATSU MIRA e:S TURBO CONCEPT DARI GR YARIS – INI BARU CILI PADI

Daihatsu baharu saja umumkan barisan model yang akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2025 dan paling menarik perhatian semestinya ialah Mira e:S dengan enjin turbo dan logo Gazoo Racing.  Ini real punya okey, bukan macam Axia GR yang abang jumpa kat Kota Bharu semalam.

Model konsep kei car ini akan dipamerkan sekali dengan model perlumbaan dan beberapa lagi unit kei vans yang sudah diubahsuai. Fuh, meriah beb.

Mira e:S Turbo ini disifatkan sebagai sebuah model sport entry-level untuk meluaskan lagi cabang sukan motor sekaligus menawarkan keseronokan pemanduan kepada semua golongan pemandu. Ye lah bukan semua orang mampu beli kereta sports sebenar.

Rasanya model ni memang akan diproduksikan. Silap-silap penuh di jalan raya Jepun lepas ni. Harap-harap ada yang dibawa masuk ke Malaysia setahun dua lagi.

Model konsep ini sebenarnya diasaskan daripada Mira e:S generasi kedua yang sudah pun dipasarkan sejak 2017. Ia mempunyainya panjang keseluruhan 3,395 mm secara keseluruhan dan dipasang dengan rim sport BBS. Bahagian dalam dah tentu guna tempat duduk sport. Takkan la nak pakai tempat duduk macam Kancil 660GX satu ketika dulu.

Apa yang lebih penting ialah enjin 660cc tiga-selinder ini telah ditambah dengan pengecas turbo. Kuasa maksimanya masih belum didedahkan tapi dijangkakan ia hampir sama dengan Daihatsu Copen (64hp). Tak besar mana kan? Tapi ia jauh lebih tinggi berbanding Mira e:S standard (48hp).

Satu lagi keistimewaan model ini ialah ia dilengkapi dengan kotak gear manual lima-kelajuan dan bukannya CVT seperti Mira e:S. Berdasarkan logo GR padanya, dijangkakan ia turut dilengkapi dengan chasis yang lebih sporty sumbangan Toyota Gazoo Racing. Takkan la suka-suka je nak tampal logo kan?

Google ads
Back to top button