Buletin

DAIHATSU MIRA TOCOT – WANITA TAK MAHU KERETA COMEL, NAK KERETA LEBIH SELAMAT

Daihatsu Motor Co Ltd dilapor memperkenalkan Mira Tocot, kereta ringan yang dibina daripada model Mira e:s bagi menggantikan model Cocoa yang tamat pengeluarannya pada Februari lalu.

Mira Tocot disasarkan kepada golongan wanita muda yang pertama kali membeli kereta.

“Ramai beranggapan wanita suka kereta yang comel. Tetapi, apabila kami bertanya kepada mereka, kebanyakannya memberitahu tidak mahu memandu kereta yang comel,” kata seorang jurutera Daihatsu.

Sebaliknya, wanita mahukan kereta yang mudah dan selamat dipandu. Maka, Daihatsu tidak lagi memberi penekanan terhadap aspek ‘comel’, tetapi fokus kepada tiga ciri keselamatan sewaktu membangunkan Mira Tocot.

Pertama, rasa selamat ketika memandu. Tempat duduk pemandunya kini 30mm lebih tinggi bebanding Mira e:s. Dengan menggunakan bentuk badan dan pael instrumen berbentuk segi, pemandu boleh melihat bahagian hadapan dengan lebih mudah.

Daihatsu turut menaikkan sudut tiang hadapan dan memasang perumah cermin sisi pada panel pintu untuk mengurangakan titik buta.

Kedua, Mira Tocot dipasang denan sistem keselamatan pencegahan Smart Assist III. Sistem itu menggunakan sebuah kamera stereo kecil sebagai ciri standard. Brek automatik pada sistem ini bukan sahaja membantu pemandu, malah pejalan kaki.  

Daihatsu menambah dua alat pengesan ultrasonik pada bampar hadapan, seterusnya menambah baik fungsi untuk menghalang kenderaan daripada bergerak ke hadapan secara tidak sengaja.

Ketiga ialah keselamatan ketika memandu. Daihatsu meningkatkan fungsi visilibiti ketika memarkir kenderaan dan kereta di sekeliling dengan menggunakan Monitor Panorama yang menyediakan pandangan dari atas serta sensor ultrasonik yang dipasang pada keempat-empat penjuru kereta. Stereng pula diringankan ketika dipandu pada kelajuan rendah.

Mira Tocot menggunakan enjin KF tiga selinder aspirasi biasa dengan pancitan terus bahan api. Dipadankan dengan kotak gear CVT yang turut dipasang pada Mira e:s, ia mampu menawarkan penjimatan sehingga 29.8km/l.

Didatangkan dalam varian 2WD dan 4WD, Mira Tocot ditawarkan pada harga bermula ¥1,074,600 (RM39,000) hingga ¥1,425,600 (RM52,000) seunit.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button