
DAIHATSU TANTO FUN CROSS DEBUT DI JEPUN
Generasi keempat Daihatsu Tanto telah pun dijual di Jepun sejak tahun 2019, dan antara model kei-car yang paling laris terjual di sana.
Kini, Daihatsu telah memperkenalkan sebuah varian baharu dengan elemen pengembaraan, dinamakan sebagai Tanto Fun Cross.

Ia masih lagi membawakan reka bentuk kei-car yang standard, namun penampilan luar yang menjadi lebih ranggi.
Seperti contoh, rekan gril hadapan yang diinspirasikan daripada model Lexus telah ditiadakan dan digantikan dengan rekaan bampar yang lebih ranggi serta bar pelindung aluminium.
Unit lampu utama juga turut menerima grafik yang berbeza.

Tidak banyak perubahan yang dibawakan pada ruang kabin, melainkan penampilan aksen jingga pada papan pemuka, serta pilihan upholsteri baharu.
Di Jepun, Daihatsu Tanto Fun Cross boleh didapati dengan pilihan enjin 0.65 liter versi NA 52 hp, atau versi turbo dengan kuasa 64 hp, dipadankan dengan transmisi CVT dan pilihan pacuan roda depan atau pacuan semua roda.
Harga jualan untuk versi asas bermula dari 1,386,000 yen (RM44,710) hinggalah 2,150,000 yen (RM69,354) untuk versi paling premium.





